Whistleblowing

Polisi dan Rangka Kerja Pendedahan Maklumat

Lembaga Zakat Selangor (MAIS) komited dalam memastikan warga kerja di setiap peringkat mengamalkan nilai integriti yang terbaik dalam melaksanakan mandat dan kuasa yang diberi bagi menguruskan kutipan dan agihan zakat di negeri Selangor. Ini selaras dengan misi LZS iaitu “Memberi perkhidmatan kepada umat Islam dengan penuh integriti dan professionalisma dalam urusan kutipan dan agihan zakat.”

Oleh itu, pihak Lembaga Zakat Selangor (MAIS) telah mewujudkan Polisi Pendedahan Maklumat ini, bertujuan menyediakan satu garis panduan atau tatacara kerja berkaitan pengurusan pendedahan maklumat berkenaan sebarang bentuk kelakuan tidak wajar yang dilakukan oleh warga kerja LZS atau pihak berkepentingan yang berurusan dengan LZS.

Polisi ini merangkumi tindakan sewajarnya yang perlu diambil bagi memastikan penerimaan laporan, kebertanggungjawaban, kerahsiaan, proses siasatan dan tindakan pembetulan yang bersesuaian dapat dilaksana dengan penuh akauntabiliti dan telus.

Dalam usaha meningkatkan tadbir urus korporat secara berterusan, LZS akan memastikan pelaksanaan polisi ini mampu mengesan dan mencegah sebarang bentuk kelakuan tidak wajar dengan lebih berkesan demi mencapai tahap ketelusan serta tanggungjawab sosial LZS yang terbaik dalam menjalankan amanah bagi menguruskan kutipan dan agihan zakat di negeri Selangor.

Pelaksanaan dan penguatkuasaan polisi ini adalah tanggungjawab Unit Integriti yang diletak di bawah Jabatan Pengurusan Risiko, Integriti dan Keselamatan Siber. Pelaksanaan Polisi ini oleh Unit Integriti akan dipantau oleh Lembaga Pemegang Amanah melalui Jawatankuasa Lembaga Risiko Integriti dan Kepatuhan. Manakala Jawatankuasa Integriti Pengurusan yang dipengerusikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif LZS akan membantu memastikan seluruh warga kerja mengamalkan nilai-nilai integriti yang terbaik.

Klik capaian dibawah untuk bacaan penuh polisi.

Kelakuan Tidak Wajar

Sebarang tindakan atau kelakuan yang boleh menyebabkan kemudaratan. Ia termasuklah, tetapi tidak terhad kepada kesalahan melanggar undang-undang seperti penipuan dan rasuah, melanggar kod etika atau polisi LZS, kecuaian, buli, gangguan, diskriminasi, menyalahguna dana dan sumber, salahguna kuasa, konflik kepentingan, membazir atau kesalahan pengurusan (mismanagement). Ia juga merangkumi sebarang tindakan, yang mana jika terbukti, merupakan satu kesalahan tatatertib atau kesalahan jenayah di bawah peraturan dan garis panduan yang digunapakai di LZS atau mana-mana undang-undang berkaitan yang berkuatkuasa.

 

Sebarang tindakan yang dilakukan oleh mana-mana warga kerja LZS yang menjadi suatu pelanggaran tatatertib di LZS sebagaimana yang diperuntukkan oleh undang-undang atau dalam suatu tatakelakuan, kod etika, peraturan, pekeliling atau suatu kontrak kerja, mengikut mana-mana yang berkenaan.

Pemberi Maklumat hendaklah mengemukakan maklumat serta bukti selengkap mungkin untuk memastikan siasatan dapat dilaksana dengan sempurna dan adil. Maklumat-maklumat yang perlu disertakan ketika aduan dibuat adalah seperti berikut:

NOTA: Aduan atau laporan yang diterima tanpa disertakan maklumat peribadi Pemberi Maklumat hanya akan dinilai dan diambil tindakan sekiranya butiran di dalam aduan dapat mengesahkan wujudnya elemen kelakuan tidak wajar. Maklumat aduan dan maklumat peribadi Pemberi Maklumat adalah diklasifikasikan sebagai maklumat sulit.

Talian Zakat Selangor : 1-300-88-4343

Emel : maklumbalasaduan@zakatselangor.mooo.com

Hakcipta Terpelihara ©2025 Lembaga Zakat Selangor