Bagi memastikan setiap asnaf diberi peluang yang sama untuk menikmati kehidupan yang lebih baik, dengan menyediakan pelbagai program pemerkasaan ekonomi yang bertujuan meningkatkan pendapatan isi rumah serta memperbaiki kualiti kehidupan mereka.
Keutamaan Kami
Pembangunan Kerjaya
Melaksanakan inisiatif pembangunan kerjaya serta mempergiat program kemahiran bagi meningkatkan potensi kebolehpasaran golongan asnaf.
Objektif:
Mewujudkan saluran peluang kerja dan padanan pekerjaan untuk asnaf fakir, miskin dan mualaf.
Meningkatkan pendapatan asnaf fakir, miskin dan mualaf.
Pelaksanaan kursus dan latihan di bawah pembangunan kerjaya:
Kursus Ready2Hire.
Kursus Kem Bangkit Kerja.
Kursus Effective Communication for Leaders.
Kursus Workplace English Communication: Speak, Write & Present Confidently.
Pembangunan Usahawan Asnaf
Usahawan Asnaf dibangunkan melalui pendekatan menyeluruh yang merangkumi pemantauan, latihan, sokongan modal dan pemasaran produk. Usahawan asnaf dikenal pasti berdasarkan potensi perniagaan dan dibimbing secara berperingkat melalui latihan keusahawanan, pengurusan kewangan serta pemasaran.
Sokongan modal disalurkan secara berfasa bagi memastikan perniagaan berkembang secara mampan, disertai pemantauan prestasi dan khidmat nasihat berterusan. Dari aspek pemasaran, usahawan asnaf dibantu mendapatkan platform pemasaran dan meningkatkan kualiti produk agar lebih berdaya saing.
Pemantauan:
Penilaian potensi perniagaan.
Penilaian keperluan latihan.
Penilaian keperluan bantuan modal.
Proses permohonan bantuan modal.
Penilaian perkembangan perniagaan.
Penyediaan khidmat nasihat perniagaan.
Pemasaran Produk
Mencari platform pemasaran bagi produk usahawan asnaf.
Membantu meningkatkan kualiti produk usahawan asnaf.
Bantuan Modal
Permohonan bantuan modal.
Latihan Keusahawanan
Penyediaan latihan bersesuaian.
Pengurusan latihan keusahawanan.
Program mentoring usahawan.
Kerjasama Strategik
Membantu memudahkan urusan perniagaan usahawan asnaf.
Menghubungkan usahawan asnaf dengan agensi berkaitan.
Mencari dana tambahan untuk perkembangan perniagaan.