Tadbir urus perolehan serta pengurusan pembekal yang kukuh menjadi asas kepada kelancaran operasi kami, disokong oleh polisi yang sentiasa dikemas kini dan penggunaan sistem yang lebih canggih.
Kami memberi keutamaan kepada rakan niaga yang beretika, mematuhi syariah, dan komited terhadap kualiti serta profesionalisme, bagi membentuk rantaian pembekalan yang berdaya tahan, moden dan telus. Di LZS, kami bukan sekadar melaksanakan urusan perolehan, kami juga menetapkan tahap kecemerlangan yang tinggi dalam pengurusan perolehan yang menyokong misi zakat.
Kami sentiasa mencari rakan strategik yang sehaluan, yang berkongsi nilai integriti, kecemerlangan dan inovasi dalam setiap pelaksanaan kerja. Bersama-sama, marilah kita memacu ekosistem zakat yang lebih kukuh dan memberi nilai kepada seluruh masyarakat yang bergantung kepada keberkesanan dan ketelusan pengurusan zakat.
LANGKAH SATU
Tender diumumkan di portal rasmi.
LANGKAH DUA
Vendor mendaftar & mendapatkan dokumen tender rasmi.
LANGKAH TIGA
Sesi penerangan bagi memahami skop kerja, keperluan teknikal dan skop projek.
LANGKAH EMPAT
Lengkapkan dokumen mengikut format dan tarikh tutup yang ditetapkan.
LANGKAH LIMA
Kertas cadangan dinilai secara telus.
LANGKAH ENAM
Vendor dipilih & kontrak dilaksanakan mengikut syarat yang telah dipersetujui.