Lembaga Zakat Selangor (“Zakat Selangor”), adalah komited untuk melindungi privasi anda selaras dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 Malaysia.
Notis ini menggariskan cara Zakat Selangor mengumpul, merekod, memegang, menyimpan, menyusun, mengubah, menzahirkan, menggunakan dan memusnahkan data peribadi anda berhubung dengan urusan kutipan dan agihan zakat di Zakat Selangor (kemudian ini dirujuk sebagai “memproses”).
“Zakat Selangor” atau “kami” dalam Notis ini merujuk kepada ibu pejabat Zakat Selangor dan cawangannya di Selangor.
“Data Peribadi” merujuk kepada apa-apa maklumat berkenaan dengan transaksi komersial yang berkaitan secara langsung atau tidak langsung dengan individu, yang dikenal pasti atau dapat dikenal pasti daripada maklumat itu atau daripada maklumat itu dan maklumat lain yang dimiliki oleh Zakat Selangor, termasuk apa-apa data peribadi sensitif dan pendapat yang dinyatakan tentang individu tersebut.
“Data Peribadi Sensitif” merujuk sebagai maklumat tentang kesihatan atau keadaan fizikal atau mental seseorang individu, pendapat politiknya, kepercayaan agamanya dan kepercayaan lain yang bersifat seumpamanya, pelakuan atau pengataan pelakuan apa-apa kesalahan olehnya, data biometrik atau apa-apa data peribadi lain yang ditentukan oleh Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi perlindungan data peribadi melalui perintah yang disiarkan dalam warta.
“Data Biometrik” merujuk kepada apa-apa data peribadi yang terhasil daripada pemprosesan teknikal yang berhubungan dengan ciri-ciri fizikal, fisiologi atau tingkah laku seseorang.
Apabila anda meminta maklumat atau menggunakan perkhidmatan Zakat Selangor, anda mungkin dikehendaki memberikan data peribadi anda kepada Zakat Selangor. Dengan berbuat demikian, anda bersetuju dengan penggunaan data peribadi anda oleh Zakat Selangor menurut Notis ini. Data peribadi anda juga mungkin telah dikemukakan kepada Zakat Selangor oleh pihak ketiga (contohnya, oleh pasangan anda, syarikat di mana anda merupakan pengarahnya, pegawai atau pemegang saham, atau perkongsian di mana anda merupakan rakan kongsi) untuk perkhidmatan yang diperlukan oleh pihak ketiga berkenaan daripada Zakat Selangor. Dalam konteks ini, terma “anda” dalam Notis ini juga akan digunakan bagi mana-mana individu yang mana data peribadinya telah dikemukakan kepada Zakat Selangor dan/atau telah diperolehi menerusi kaedah seperti yang dinyatakan dalam Seksyen 4 Notis ini.
Anda mempunyai pilihan, pada bila-bila masa, untuk tidak memberikan data peribadi anda atau menarik balik persetujuan anda untuk membenarkan Zakat Selangor memproses data peribadi anda. Walau bagaimanapun, kegagalan memberikan data peribadi tersebut atau tindakan anda menarik balik persetujuan anda untuk memproses data peribadi yang diberikan mungkin mengakibatkan Zakat Selangor tidak dapat menyediakan perkhidmatan kepada anda secara berkesan dan berterusan.
Jenis data peribadi yang kami kumpul termasuk, tetapi tidak terhad kepada, nama, alamat perhubungan, umur, pekerjaan, status perkahwinan, maklumat kewangan, kad pengenalan, pasport, tempat lahir dan sejarah urusan transaksi anda.
Kami mungkin mengumpul data peribadi sensitif anda jika anda berurusan dengan Zakat Selangor yang menghendaki anda supaya mendedahkan data peribadi sensitif tersebut kepada pihak kami.
Kami hanya akan menggunakan data peribadi sensitif anda untuk menyediakan perkhidmatan yang diperlukan oleh anda sahaja. Jika kami memproses data peribadi sensitif anda, kami akan mendapatkan persetujuan anda terlebih dahulu.
Data peribadi yang kami kumpul boleh dikategorikan sebagai sama ada wajib diberikan atau diberikan secara sukarela. Data peribadi yang wajib diberikan ialah data peribadi yang kami perlukan supaya kami dapat menyediakan perkhidmatan kami kepada anda. Jika anda tidak memberikan data peribadi tersebut, kami tidak akan dapat menyediakan perkhidmatan kami kepada anda. Keperluan data peribadi yang diberikan secara sukarela ialah data peribadi yang tidak wajib diberikan bagi membolehkan kami menyediakan perkhidmatan kami kepada anda. Jika anda tidak memberikan data peribadi tersebut, anda masih boleh menggunakan perkhidmatan kami.
Data peribadi yang wajib diberikan atau diberikan secara sukarela adalah berbeza-beza mengikut setiap perkhidmatan yang kami tawarkan.
Jika anda berumur di bawah 18 tahun, sila pastikan ibu bapa atau penjaga sah memberikan persetujuan sebelum anda menyerahkan sebarang data peribadi kepada kami.
Kami memperoleh data peribadi anda dengan pelbagai cara, seperti :
Kami mungkin memproses data peribadi anda untuk sebab berikut :
Selain itu, kami juga mungkin menggunakan data peribadi anda untuk memenuhi apa-apa keperluan kawal selia dan untuk apa-apa sebab lain yang berkaitan dengan penyediaan perkhidmatan yang anda perlukan.
Data peribadi anda yang kami pegang akan dirahsiakan. Walau bagaimanapun, bagi membolehkan kami menyediakan perkhidmatan kepada anda secara berkesan dan berterusan serta mematuhi apa-apa keperluan undang-undang dan peraturan, kami mungkin perlu mendedahkan data peribadi anda kepada pihak-pihak seperti berikut sebagaimana yang difikirkan patut oleh Zakat Selangor :
Anda mungkin menerima makluman pemasaran daripada pihak kami atau entiti lain tentang perkhidmatan yang mungkin menarik minat anda. Jika anda berhasrat untuk tidak mahu menerima makluman pemasaran ini, sila maklumkan kepada pihak kami untuk menarik balik persetujuan anda dan kami akan berhenti memproses dan berkongsi data peribadi anda dengan entiti lain untuk tujuan penghantaran makluman pemasaran kepada anda.
Anda mempunyai pilihan untuk menarik balik persetujuan anda untuk menerima bahan/makluman pemasaran atau promosi. Sila ambil maklum bahawa sebaik sahaja kami menerima pengesahan tentang permintaan untuk menarik balik persetujuan anda untuk menerima bahan/makluman pemasaran atau promosi, ia mungkin mengambil masa sehingga empat belas (14) hari bekerja sebelum penarikan balik persetujuan anda dipaparkan dalam sistem kami. Oleh itu, anda mungkin masih menerima bahan/makluman pemasaran atau promosi semasa tempoh tersebut.
Sila ambil perhatian bahawa walaupun anda memilih untuk tidak lagi menerima bahan pemasaran atau promosi, Zakat Selangor mungkin masih menghubungi anda untuk tujuan lain selain pemasaran atau promosi seperti urusan berkaitan akaun, kemudahan atau perkhidmatan sedia ada Zakat Selangor yang digunakan oleh anda.
Jika anda telah mengemukakan data peribadi pihak ketiga kepada Zakat Selangor, sila pastikan bahawa anda telah mendapatkan kebenaran daripada pihak ketiga yang berkenaan untuk pemprosesan dan pendedahan data peribadi mereka dan Notis ini telah dikemukakan terlebih dahulu untuk perhatian pihak ketiga tersebut.
Keselamatan data peribadi anda merupakan keutamaan kami. Zakat Selangor mengambil semua langkah fizikal, teknikal dan organisasi yang diperlukan untuk memastikan keselamatan dan kerahsiaan data peribadi. Jika kami mendedahkan apa-apa data peribadi anda kepada pihak-pihak yang dinyatakan di dalam Seksyen 6, mereka mempunyai obligasi untuk melindungi data peribadi yang diberikan kepada mereka sewajarnya.
Zakat Selangor telah melantik Pegawai Perlindungan Data (Data Protection Officer – DPO) bagi memastikan pematuhan Akta 709 berterusan. Sekiranya berlaku pelanggaran data, anda perlu melaporkan insiden pelanggaran data (seperti kebocoran data, penggunaan data tanpa kebenaran oleh pihak ketiga) kepada DPO melalui e-mel dpo@zakatselangor.com.my.
Kami hanya akan menyimpan data peribadi anda selama mana yang perlu untuk memenuhi tujuan ia dikumpulkan atau untuk mematuhi keperluan undang-undang dan peraturan serta keperluan dalaman.
Sila ambil perhatian bahawa kami mungkin mengemas kini Notis ini dari semasa ke semasa. Jika terdapat perubahan ketara pada Notis ini, kami akan memberitahu anda dengan memaparkan notis tentang perubahan tersebut melalui laman sesawang dalam jangka masa yang difikirkan sesuai oleh kami. Kami menggalakkan anda untuk kerap melawati laman sesawang Zakat Selangor dari semasa ke semasa untuk sentiasa maklum tentang cara kami melindungi maklumat anda.
Notis Privasi Zakat Selangor ini kali terakhir dikemaskini pada 27 Oktober 2025
Notis Privasi Zakat Selangor adalah notis yang dikeluarkan kepada individu-individu yang mempunyai urusan transaksi komersial dengan Zakat Selangor. Ia menggariskan penggunaan dan perlindungan maklumat-maklumat data peribadi individu yang diproses oleh Zakat Selangor sebagai “Pengguna Data” selaras dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010
APDP adalah suatu akta yang digubal oleh Kerajaan Malaysia dan telah diwujudkan pada 15 November 2013 untuk melindungi data peribadi dan data peribadi sensitif individu dalam transaksi komersial. APDP ini mempunyai 7 prinsip amalan pengendalian matklumat yang mesti dipatuhi iaitu:
Semua individu dan organisasi yang memproses data peribadi anda dalam urusan mereka mesti mematuhi peraturan – peraturan yang ditetapkan oleh APDP, kecuali Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri.
Data peribadi adalah sebarang maklumat yang anda berikan bagi melanggan produk dan perkhidmatan Zakat Selangor untuk kami dapat menyediakan perkhidmatan yang berkesan dan efektif kepada anda. Data peribadi anda adalah seperti berikut:
Data peribadi sensitif anda adalah seperti berikut:
Data biometrik anda adalah seperti berikut:
Zakat Selangor adalah Pengguna Data yang mengumpul maklumat data peribadi anda. Pengguna Data adalah individu atau organisasi yang:
Transaksi Komersial Zakat Selangor adalah apa-apa perkara yang berhubungan dengan produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh Zakat Selangor sama ada bersifat kontrak ataupun tidak. Ini termasuk pengumpulan data peribadi individu yang berpotensi untuk mengadakan transaksi bersama Zakat Selangor.
Zakat Selangor mengambil langkah-langkah komprehensif untuk memastikan keselamatan dan kerahsiaan data peribadi anda dilindungi melalui keperluan proses keselamatan fizikal, teknikal dan IT.
APDP mendefinisikan “pemprosesan” sebagai perlakuan mengumpul, merekod, memegang, menyimpan, menyusun, mengubah, menzahirkan dan memusnahkan data peribadi. Hanya dengan membaca atau mengakses maklumat sudah dianggap “pemprosesan”. Contoh-contoh aktiviti yang boleh dianggap sebagai “pemprosesan” adalah termasuk:
Hak-hak anda adalah seperti berikut:
Ya, Zakat Selangor akan membenarkan anda untuk mengakses data peribadi anda yang sedia ada dalam sistem simpanan Zakat Selangor.
Zakat Selangor hanya boleh menolak permintaan anda untuk mengakses data peribadi anda sekiranya identiti anda tidak dapat disahkan
Terdapat beberapa keadaan yang membolehkan orang lain mendapat kebenaran untuk mengakses data peribadi anda, iaitu:
Dengan persetujuan anda, Zakat Selangor akan memproses data peribadi anda untuk tujuan penyediaan produk dan perkhidmatan yang anda langgani termasuk mengurus dan menyelenggara akaun anda, menjawab sebarang pertanyaan anda dan juga untuk tujuan penilaian, pemasaran, menghantar bahan/makluman pemasaran kepada anda melalui pelbagai saluran (seperti e-mel, surat dan panggilan telefon dan lain-lain).
Kegagalan untuk membekalkan data peribadi anda atau menarik balik persetujuan anda untuk memproses data peribadi anda boleh menyebabkan Zakat Selangor tidak dapat menyediakan produk dan perkhidmatannya yang berkaitan dengan anda kepada anda dengan berkesan dan berterusan.
Jika anda tidak memberikan persetujuan kepada Zakat Selangor untuk tujuan pemasaran, Zakat Selangor akan memberhentikan penghantaran bahan/makluman pemasaran produk dan perkhidmatan kepada anda. Walau bagaimanapun, Zakat Selangor masih boleh menggunakan data peribadi anda untuk menyediakan produk atau perkhidmatan yang telah anda daftarkan untuk memenuhi syarat – syarat kontrak, dan untuk tujuan undang-undang ataupun peraturan.
Anda boleh menarik balik kebenaran memproses data peribadi anda pada bila-bila masa dengan menghubungi mana-mana cawangan Zakat Selangor, Talian Zakat Selangor di 1300-88-4343 atau dengan melayari www.zakatselangor.com.my.
Zakat Selangor mungkin akan mengambil masa empat belas (14) hari waktu bekerja sebelum penarikan balik persetujuan dipaparkan dalam sistem. Ini adalah kerana makluman penarikan balik persetujuan perlu melalui proses pengesahan di seluruh kumpulan Zakat Selangor. Oleh itu, anda mungkin masih menerima bahan/maklumat pemasaran atau promosi semasa tempoh tersebut.
Jika Zakat Selangor memberikan data peribadi anda kepada pihak ketiga yang dibenarkan, Zakat Selangor akan memastikan bahawa mereka mempunyai obligasi yang sama untuk melindungi data peribadi anda yang diberikan kepada mereka dengan sewajarnya.
Zakat Selangor hanya akan menyimpan data peribadi anda dalam tempoh yang tertentu sahaja bagi memenuhi tujuan ia dikumpulkan atau untuk mematuhi undang-undang, kawal selia dan keperluan dalaman Zakat Selangor
Ya, jika data peribadi itu diproses di Malaysia sebelum dipindahkan kepada pihak di luar Malaysia, ia akan dilindungi di bawah APDP. Walau bagaimanapun, APDP tidak akan melindungi data peribadi yang diproses di luar Malaysia.
Anda boleh menarik balik kebenaran memproses data peribadi anda pada bila-bila masa dengan menghubungi mana-mana cawangan Zakat Selangor.
Walau bagaimanapun, tindakan menarik balik persetujuan anda untuk memproses data peribadi anda boleh menyebabkan Zakat Selangor tidak dapat menyediakan produk dan perkhidmatannya yang berkaitan dengan anda kepada anda dengan berkesan dan berterusan.
Sekiranya anda adalah penerima bantuan zakat, penarikan balik persetujuan anda boleh menganggu bantuan dan perkhidmatan yang kami sedang atau akan sediakan kepada anda
Anda disyorkan untuk mengemaskini maklumat data peribadi anda melalui kaedah berikut: