Portal Pendidikan ini diwujudkan bagi memudahkan pelajar asnaf Fakir, Miskin dan Mualaf yang berdaftar dengan Lembaga Zakat Selangor (MAIS) mengemukakan permohonan Bantuan Dermasiswa Pengajian Tinggi (BDPT), Bantuan Persediaan Masuk IPT dan Bantuan Wang Saku Kali Pertama secara atas talian. Portal ini merupakan kesinambungan kepada pelaksanaan tajaan pengajian yang sebelum ini diproses secara manual melalui Cawangan LZS sejak bantuan ini diperkenalkan.
Melalui Portal Pendidikan ini, pelajar asnaf LZS dapat mengemukakan permohonan bantuan dari mana-mana lokasi menggunakan komputer atau telefon pintar. Usaha ini sejajar dengan perkembangan sistem agihan zakat LZS yang kini bergerak ke arah digitalisasi. Diharapkan inisiatif ini dapat memberi manfaat kepada para pelajar asnaf LZS dalam menuntut ilmu di peringkat pengajian tinggi, sekali gus membantu mereka dan keluarga keluar daripada belenggu kemiskinan melalui kecemerlangan dalam bidang pendidikan.
Memberi kemudahan dan akses kepada pelajar asnaf LZS untuk mengemukakan permohonan Bantuan Dermasiswa Pengajian Tinggi (BDPT), Bantuan Persediaan Masuk IPT dan Wang Saku Kali Pertama secara atas talian.
Melalui Portal Pendidikan ini, tempoh pemprosesan permohonan dan kelulusan dapat dipercepat, di samping membolehkan pemohon menyemak status tajaan dan bantuan yang dipohon dari semasa ke semasa.
Maklumat, syarat dan panduan berkaitan bantuan yang dipohon dapat difahami dengan lebih jelas dan terperinci.
1. Berdaftar sebagai asnaf Fakir, Miskin dan Mualaf dengan Lembaga Zakat Selangor (MAIS)
2. Mendapat tawaran pengajian di Panel Pusat Pengajian Lembaga Zakat Selangor (MAIS)
3. Memenuhi syarat dan kriteria bantuan yang ditetapkan oleh LZS bagi Bantuan Dermasiswa Pengajian Tinggi (BDPT)
Portal Pendidikan LZS merupakan medium bagi permohonan Surat Tajaan Bantuan Dermasiswa Pengajian Tinggi (BDPT), permohonan Bantuan Persediaan Masuk IPT dan permohonan bantuan wang saku (permohonan kali pertama) kepada pelajar asnaf Fakir, Miskin dan Mualaf yang telah berdaftar dengan LZS untuk melanjutkan pengajian mereka di IPT.
Portal Pendidikan ini dilancarkan (go live) bermula 30/11/2019 bersamaan hari Sabtu.
Portal ini hanya boleh diakses oleh pelajar asnaf Fakir, Miskin dan Mualaf yang berdaftar dengan LZS ketika permohonan dibuat.
Portal ini boleh dilayari di alamat laman web https://pendidikan.zakatselangor.com.my. Portal ini boleh diakses melalui komputer, komputer riba dan telefon pintar.
Portal Pendidikan ini menawarkan permohonan Surat Tajaan BDPT (Bantuan Yuran Pengajian IPT), Bantuan Persediaan Masuk IPT dan Bantuan Wang Saku (permohonan kali pertama).
Tidak. Terdapat permohonan bantuan pendidikan peringkat pengajian tinggi LZS yang masih kekal permohonannya secara manual di Cawangan LZS. Senarai bantuan tersebut adalah seperti berikut:
Tidak. Permohonan surat tajaan BDPT di Cawangan LZS sebelum ini telah di tamatkan berkuatkuasa 30/11/2019 dan permohonan tajaan BDPT ini sepenuhnya menggunakan Portal Pendidikan secara atas talian.
Untuk langkah-langkah mendaftar akaun kali pertama di Portal Pendidikan LZS, pemohon perlu merujuk Manual Pengguna Pemohon yang disediakan di dalam Portal Pendidikan. Selepas pendaftaran berjaya, pemohon akan dapat mengakses dan membuat permohonan.
Pengemaskinian kedua-dua maklumat ini adalah penting bagi penyaluran bantuan yang layak ke dalam akaun bank pemohon dan pemakluman status permohonan kepada pemohon.
Setiap pemohon dibenarkan membuat permohonan sekali sahaja bagi setiap peringkat pengajian berikut:
Pemohon akan layak mendapat Bantuan Persediaan Masuk IPT sekali sahaja bagi setiap peringkat pengajian seperti dinyatakan di atas apabila membuat permohonan pada tahap pengajian berikut:
Boleh. Permohonan anda akan dipulangkan semula kepada pemohon di dalam portal dengan status Return sekiranya maklumat dan lampiran dokuman permohonan anda didapati tidak tidak betul, tidak tepat dan tidak jelas dan anda boleh menghantar semula permohonan anda (peluang Return ini diberikan sekali sahaja bagi setiap permohonan). Sekiranya maklumat dan lampiran permohonan masih tidak tidak betul, tidak tepat dan tidak jelas pada permohonan yang dihantar semula, permohonan tersebut akan digagalkan dan pemohon hendaklah membuat permohonan yang baru. Walaubagaimapun, terdapat permohonan gagal yang tidak boleh dipohon semula dengan sebab-sebab seperti berikut:
Pemohon boleh membuat pengemaskinian semula Kata Laluan dengan menekan butang “LUPA KATA LALUAN?” di Portal Pendidikan dan masukkan emel pemohon serta ikuti langkah-langkah seterusnya. Langkah ini boleh di rujuk di dalam Manual Pengguna Pemohon di Portal Pendidikan. Kata Laluan sementara akan dihantar ke emel pemohon untuk log masuk ke portal dan seterusnya pemohon boleh membuat pengemaskinian semula Kata Laluan.
Pemohon boleh membuat permohonan pada bahagian Bantuan > Permohonan dan Rekod Bantuan > Permohonan Baru dan langkah seterusnya boleh dirujuk di Manual Pengguna Pemohon di Portal Pendidikan. Pemohon hendaklah melengkapkan semua maklumat dan lampiran dokumen yang diperlukan dengan betul setiap bahagian berikut sebelum menghantar permohonan:
Tempoh kelulusan permohonan ini adalah bedasarkan kepada jumlah yuran sepanjang pengajian yang dipohon merujuk kepada kategori berikut:
Setelah permohonan diluluskan, pemohon boleh mencetak surat tajaan BDPT dan pelajar boleh mendaftar ke IPT sebagai pelajar tajaan LZS.
Bantuan ini akan dikreditkan ke akaun pemohon dalam masa tiga (3) hari bekerja selepas pemohon bersetuju meneriwa tawaran penajaan BDPT LZS di Portal Pendidikan.
Pemohon diberikan tempoh masa empat belas (14) hari bekerja untuk menerima/menolak tawaran. Permohonan akan automatik digagalkan jika tiada sebarang jawapan ke atas tawaran BDPT yang melebihi tempoh tersebut.
Tidak boleh. BDPT ini tidak boleh dipohon semula setelah pemohon menolak tawaran tajaan kerana pemohon yang menolak tawaran dikira tidak berminat atau telah mendapat tawaran pinjaman/tajaan pihak lain.
Ya. Bagi pemohon yang mempunyai sebab yang munasabah/kritikal dan tertakluk kepada pelajar semester satu (1) sahaja, mereka boleh membuat rayuan untuk pertukaran IPT/Program Pengajian di Portal Pendidikan. Pemohon hendaklah menekan butang TUKAR PENGAJIAN pada permohonan yang terlibat dan ikuti langkah seperti di dalam Manual Pengguna. Rayuan pertukaran ini hanya dibenarkan sekali sahaja dengan mengikut syarat yang ditetapkan LZS.
Ya. Pemohon akan diberikan notifikasi melalui emel bagi setiap jenis aktiviti seperti berikut:
Tidak boleh. Pemohon hendaklah membuat pendaftaran dan permohonan bagi diri sendiri. Pihak LZS tidak akan bertanggungjawab di atas segala kesilapan/kesalahan maklumat/lampiran dokumen yang boleh menyebabkan permohonan anda gagal kesan daripada menggunakan pihak ketiga bagi tujuan tersebut.
Sebarang pertanyaan dan panduan, pemohon boleh menghubungi Talian Zakat Selangor 1300-88-4343 bagi sebarang maklumat dan pertanyaan berkaitan bantuan ini.
1. Berdaftar sebagai asnaf Fakir, Miskin dan Mualaf di Lembaga Zakat Selangor (MAIS)
2. Permohonan Wang Saku adalah kali pertama pada peringkat pengajian
3. Telah lulus BDPT dan proses penerimaan tawaran BDPT telah dibuat
4. Memenuhi syarat dan kriteria bantuan yang ditetapkan oleh LZS bagi Bantuan Wang Saku Kali Pertama
Fungsi Portal Pendidikan LZS diperluaskan dengan membuka akses bagi Permohonan Bantuan Wang Saku
Permohonan Bantuan Wang Saku di Portal Pendidikan LZS ini dilancarkan (go live) bermula 30/09/2025 bersamaan hari Selasa secara pilot
Permohonan bantuan wang saku ini boleh dipohon oleh asnaf Fakir, Miskin & Mualaf berdaftar dengan Lembaga Zakat Selangor (MAIS) dan memenuhi syarat seperti berikut:
Permohonan Wang Saku kali pertama adalah dimana permohonan dibuat kali pertama bagi bagi setiap peringkat pengajian berikut:
Ya. Terdapat perbezaan dimana permohonan Wang Saku kali pertama akan diproses dan diluluskan berdasarkan kepada tarikh permohonan yang dihantar oleh pemohon manakala permohonan Wang Saku kali ke dua dan seterusnya akan melayakkan pemohon mendapat bantuan Wang Saku penuh setiap semester/tahap
Ya. Permohonan Wang Saku kali kedua dan seterusnya masih secara manual melalui Jotform yang disediakan oleh LZS seperti sebelum ini
Pemohon boleh membuat permohonan pada bahagian Wang Saku > Permohonan Wang Saku > Mohon Wang Saku dan langkah seterusnya boleh dirujuk di Manual Pengguna Pemohon di Portal Pendidikan. Pemohon hendaklah melengkapkan semua maklumat dan lampiran dokumen yang diperlukan dengan betul setiap bahagian berikut sebelum menghantar permohonan:
Kadar Bantuan Wang Saku adalah RM400 setiap bulan dan bantuan akan diberikan secara sekaligus (Lump Sum) bagi setiap semester/tahap yang dipohon
Permohonan ini akan diproses dan diluluskan di dalam tempoh lapan (8) hari bekerja mengikut manual kelulusan LZS
Ya. Bantuan ini perlu dipohon pada setiap permulaan semester/tahap bagi LZS melihat kelayakan setiap pelajar yang memenuhi syarat
Sebarang pertanyaan dan panduan, pemohon boleh menghubungi Talian Zakat Selangor 1300-88-4343 bagi sebarang maklumat dan pertanyaan berkaitan bantuan ini.