Zakat Anda Mengubah Kehidupan Setiap Hari

Inilah Impak Utama Sumbangan Anda!

Asnaf yang keluar daripada fakir/miskin melalui program pembangunan

(2024 – 2025)
0

Asnaf yang keluar daripada fakir/miskin telah mula membayar zakat di Zakat Selangor

2025
0 %

Zakat Selangor telah menggerakkan usaha pembangunan asnaf yang berstruktur dan strategik bagi mempertingkatkan kualiti serta kesejahteraan kehidupan.

Sejak 2017, Zakat Selangor menjadi perintis pembangunan asnaf yang tersusun, menyeluruh dan berpaksikan impak. Kami percaya zakat bukan sekadar bantuan sementara, tetapi berperanan sebagai pemangkin perubahan daripada kebergantungan kepada kemandirian.

Melalui pendekatan pembangunan berstrategi, pembangunan asnaf memberi tumpuan kepada transformasi keluarga dan komuniti asnaf merangkumi aspek pendidikan, kemahiran, kebolehpasaran pekerjaan, keusahawanan, kesejahteraan sosial dan pengukuhan jati diri. Setiap inisiatif dirangka berasaskan keperluan sebenar asnaf dan dilaksanakan bersama rakan strategik pelbagai sektor.

Sebagai peneraju sejak tahun 2017, Zakat Selangor komited memastikan setiap ringgit zakat diterjemahkan kepada hasil yang boleh diukur membina laluan keluar daripada kemiskinan dan melahirkan asnaf yang berdaya tahan serta mampu menyumbang kembali kepada masyarakat.

Inilah misi kami: membina masa depan asnaf dengan pendekatan yang progresif, berintegriti dan berimpak.

Blueprint Pembangunan Asnaf

“Merangka Halatuju, Membina Masa Depan”

Blueprint Pembangunan Asnaf (BPA) merupakan satu dokumen strategik yang dibangunkan Zakat Selangor bagi memperkasakan kemandirian dan keupayaan asnaf di Negeri Selangor. Inisiatif ini bertujuan meningkatkan kualiti kehidupan golongan asnaf, membuka ruang untuk mereka keluar daripada status kebergantungan secara berperingkat serta merangsang mereka menjadi penyumbang zakat di masa hadapan.

8 Objektif Strategik Pembangunan Asnaf

Mustahiq - Muzakki

Melahirkan asnaf fakir-miskin yang berjaya diklasifikasikan sebagai "Muzakki".

Melepasi Had Kifayah

Melahirkan asnaf fakir-miskin yang berjaya melepasi had kifayah (keluar dari senarai Mustahiq).

Mualaf - Mukalaf

Melahirkan asnaf mualaf yang berjaya mencapai penarafan mukalaf.

Kualiti Beragama

Melahirkan asnaf fakir miskin yang mempunyai kualiti keagamaan yang baik.

Kualiti Generasi Kedua

Mengukuhkan kualiti generasi kedua.

Asnaf Berkerjaya

Mewujudkan peluang kerjaya untuk asnaf.

Usahawan Asnaf

Melahirkan usahawan asnaf berdaya maju.

Asnaf Berkemahiran

Meningkatkan bilangan asnaf berkemahiran.

8 Strategi Utama Pembangunan Asnaf

Modul

Perekayasaan modul & pendekatan pembangunan.

Data & Pemprofailan

Pengukuhan proses pendataan  & pemprofailan.

Kolaborasi

Memperkukuh sinergi & kolaborasi.

Libat Urus Komuniti

Melahirkan libaturus komuniti yang tinggi di dalam pembangunan asnaf.

Kompetensi Tenaga Pengajar

Meningkatkan kompetensi pembimbing & tenaga pengajar.

Teknologi

Merancakkan pengunaan teknologi.

Institusi

Memacu transformasi institusi penjagaan, perlindungan & pembangunan.

Struktur

Memperkemas struktur pengurusan pembangunan asnaf.

Laluan Pembangunan Asnaf

“Daripada Bantuan kepada Kemandirian”

Laluan Pembangunan asnaf fakir dan miskin ini dirangka bagi memastikan pembangunan asnaf berlaku secara berperingkat, berstruktur dan berimpak, daripada bantuan kepada pemberdayaan sekali gus menjamin peralihan ke arah kemandirian.

Asnaf 5% Club

“Melonjak Asnaf ke Fasa Berdikari”

5% Club merupakan kumpulan asnaf produktif yang dikenal pasti berada dalam segmen paling hampir untuk keluar daripada kemiskinan, iaitu keluarga yang sudah menunjukkan kestabilan asas dan mempunyai potensi tinggi untuk melonjak ke fasa berdikari dengan sokongan yang tepat. Fokus utama 5% Club adalah intervensi bersasar dengan impak tinggi seperti peningkatan pendapatan, kebolehpasaran pekerjaan, pemerkasaan keusahawanan, pengukuhan literasi kewangan serta pemantauan rapi bagi memastikan kemajuan mereka dicapai dengan pantas dan mampan. Ringkasnya, 5% Club ialah strategi pemerkasaan pembangunan asnaf yang berperanan sebagai accelerator bagi membantu asnaf produktif sehingga mampu berdikari dan seterusnya menjadi contoh kejayaan transformasi zakat.

“Asnaf Blueprint berperanan sebagai kompas strategik yang memperincikan laluan pembangunan asnaf secara berfasa dan berperingkat bermula daripada pemulihan asas, pemerkasaan kapasiti, pengukuhan ekonomi hingga kemandirian mampan. Manakala 5% Club mengukuhkan laluan ini melalui ekosistem sokongan, pemantauan dan kolaborasi berterusan, bagi memastikan setiap asnaf bukan sahaja keluar daripada kemiskinan, tetapi berkembang sebagai individu berdaya tahan yang mampu menyumbang kembali kepada keluarga, komuniti dan ummah.”

Pusat Latihan Asnaf

“Asnaf Berilmu, Ummah Berjaya”

Pusat latihan asnaf berperanan membangunkan potensi golongan asnaf melalui program pendidikan, latihan kemahiran dan bimbingan kerjaya yang menyeluruh bagi meningkatkan keyakinan diri, mengasah kebolehan serta membina masa depan yang lebih cerah, stabil dan berdaya tahan dalam komuniti.

Pusat Pembangunan Zakat Selangor (PPZS) ​

PPZS diwujudkan sebagai ruang pembangunan komuniti yang memperkasa golongan asnaf melalui kemudahan yang lengkap, program berfokus dan penglibatan komuniti, demi membina kehidupan yang lebih berdaya tahan dan berkualiti. 

Antara program yang dilakukan:

  • Kelas (Iqra, Tahsin Ibadah dan Keluarga Saadah dan Tuisyen).
  • Pusat Edaran Bahan Pembelajaran.
  • Pusat Pentadbiran Pembangunan Asnaf Daerah
  • Pusat Perkembangan Asnaf
  • Pusat Perkembangan Tenaga Pengajar

Baitul Hikmah

Baitul Hikmah Ulu Yam merupakan pusat perlindungan dan pembangunan di bawah Zakat Selangor yang menyediakan sokongan khusus kepada golongan mualaf dan asnaf terpilih yang memerlukan bimbingan serta pemulihan kehidupan. Melalui pendekatan tarbiah, kaunseling dan pembangunan sahsiah, pusat ini berperanan membantu mualaf mengukuhkan kefahaman Islam, menstabilkan emosi dan membina keyakinan diri agar mampu meneruskan kehidupan secara lebih terarah dan berdikari dalam komuniti.

Antara program yang dilakukan:

  • Kursus Bimbingan Asas Mualaf
  • Kursus Bimbingan Lanjutan Mualaf
  • Kursus Fiqh Wanita Mualaf
  • Kursus Kepimpinan Mualaf
  • Kursus Motivasi Mualaf
  • Kursus Tahsin Solat Mualaf

Pusat Latihan Asnaf Selangor (PLAS) ​

Pusat ini mula dibangunkan pada tahun 2009 dan siap sepenuhnya pada tahun 2012 di atas kawasan seluas kira-kira 5 ekar di Ulu Yam Bharu. Penubuhannya bertujuan menyokong aspirasi Zakat Selangor dalam memperkasa golongan asnaf melalui pelaksanaan program pembangunan yang merangkumi pelbagai peringkat umur, bermula daripada anak-anak asnaf melalui program motivasi, kem pendidikan, bimbingan akademik dan pembangunan sahsiah, sehinggalah kepada ketua keluarga asnaf menerusi kursus keusahawanan, latihan kemahiran dan pembangunan kerjaya.

Antara program yang dilakukan:

  • Program motivasi
  • Kem pendidikan, bimbingan akademik dan pembangunan sahsiah
  • Kursus keusahawanan, latihan kemahiran dan pembangunan kerjaya

Inilah Impak Zakat Anda!  ​

Asnaf yang mengikuti program iKerjaya bagi tahun 2024-2025

0

Usahawan asnaf Yang mendapat Bantuan Modal Perniagaan bagi tahun 2024-2025

0

Keluarga asnaf yang telah meningkat pendapatan sepanjang tahun 2025

0

Pembangunan Ekonomi memberi tumpuan pemerkasaan asnaf dengan meningkatkan pendapatan dan membina kemandirian kewangan yang mampan. Melalui pelbagai inisiatif yang berkesan, program ini membantu asnaf beralih daripada kebergantungan bantuan kepada keupayaan menjana pendapatan sendiri.

Menerusi peluang pekerjaan, pembangunan kemahiran dan pemerkasaan keusahawanan kami membina asas ekonomi yang lebih kukuh untuk asnaf dan keluarga mereka. Pendekatan ini bukan sahaja meningkatkan taraf hidup, malah memperkukuh daya tahan ekonomi agar asnaf mampu berdiri sendiri serta menyumbang secara bermakna kepada pembangunan masyarakat.

Pembangunan Kerjaya

“Membina Kerjaya, Mengubah Kehidupan”

Golongan asnaf diperkasa untuk berdikari, meningkatkan kebolehpasaran serta membina masa depan yang lebih stabil dan berdaya saing bagi generasi kedua.

Program

Kursus Latihan iKerjaya (KliK)

Program Latih & Kerja iKerjaya (LDK)

Program Karnival iKerjaya

Skim Insentif Pekerjaan (SkiP)

Pembangunan Usahawan 

“Memperkasa Asnaf Melalui Keusahawanan”

Daripada kebergantungan kepada bantuan, Zakat Selangor membuka ruang dan peluang kepada golongan asnaf untuk bangkit sebagai usahawan yang berdikari dan berdaya saing. Melalui bimbingan berfokus, latihan keusahawanan serta sokongan berterusan, potensi mereka digilap agar mampu menjana pendapatan, seterusnya membina masa depan yang lebih terjamin untuk diri, keluarga dan komuniti.

Program

Program Pemantauan Keusahawanan & Coaching Usahawan Asnaf

Bantuan Modal Perniagaan

Latihan Keusahawanan

Pemasaran Produk

Kisah Impak

Dari Peluang ke Keyakinan: iKerjaya Membuka Jalan

Bermula dengan kelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Mohd Ilyas Adam membuktikan bahawa kejayaan tidak ditentukan oleh titik permulaan, tetapi oleh keberanian untuk bangkit dan berubah. Dengan semangat yang konsisten, beliau menyertai pelbagai program pembangunan diri secara aktif bagi membina keyakinan dan melengkapkan diri dengan kemahiran yang diperlukan untuk melangkah ke alam pekerjaan.

Dari Bengkel Belakang Rumah ke Perusahaan Sosial

Mohd Faizal Ayob memulakan perniagaannya dari sebuah bengkel kecil di belakang sebuah rumah di Puchong Permai. Di ruang yang serba sederhana itu, beliau membina kemahiran langkah demi langkah, belajar melalui pengalaman sebenar dan membuktikan bahawa kerja kayu boleh menjadi sumber rezeki yang berdaya maju.

Langkah Kecil Membina Perniagaan Sendiri

Perniagaan Mohamed Azeman Mat Sum bermula sederhana dari dapur rumahnya di Kapar, Klang. Dengan semangat mahu berdikari, beliau menghadiri kursus penghasilan keropok lekor anjuran Jabatan Perikanan. Dari situlah keyakinan itu lahir: beliau mula menghasilkan keropok lekor sendiri, bermula daripada mendapatkan bahan mentah isi ikan, memprosesnya dengan teliti, sehinggalah menjadi produk siap yang boleh dibanggakan.

Related SDG

Rakan Kerjasama Strategik​

Inilah Impak Zakat Anda! 

Graduan asnaf yang berjaya menamatkan pengajian di Pelbagai IPT/ILK Seluruh Negara semenjak Tahun 2020

0

Penerima Dermasiswa Pengajian Tinggi Yang Sedang Mengikuti Pengajian di Pelbagai IPT/ILK Seluruh Negara

0

Penerima Biasiswa Kecil yang masih ditaja setakat tahun 2025

0

Penerima manfaat Kursus Latihan Pelajar melalui Program Sekolah Angkat (PROSAZ) sepanjang tahun 2025

0

Penerima Dermasiswa Huffaz yang masih aktif menerima tajaan merangkumi asnaf Fakir, Miskin dan Fisabilillah sehingga tahun 2025

0

Daripada peluang yang terhad kepada potensi yang terbuka luas, pendidikan menjadi pemangkin utama dalam mengubah mobiliti sosial golongan asnaf. Melalui akses kepada pendidikan berkualiti, pengajian tinggi serta latihan kemahiran yang berterusan, potensi mereka digilap secara menyeluruh agar mampu melahirkan generasi yang berilmu, berdaya saing dan berkeyakinan. Usaha ini bukan sahaja membuka laluan kepada masa depan yang lebih cerah, malah membentuk individu yang bersedia menyumbang kembali kepada pembangunan keluarga, komuniti dan masyarakat secara berterusan.

Pembangunan Pendidikan

“Langkah Awal Menuju Kejayaan”

Pendidikan merupakan asas penting dalam membentuk jati diri, disiplin serta keupayaan akademik individu. Tumpuan diberikan kepada memastikan akses pembelajaran yang berterusan melalui penyediaan keperluan pendidikan, sokongan perkembangan sahsiah dan motivasi, serta pelaksanaan intervensi awal bagi menyokong kelangsungan pembelajaran. Pendekatan menyeluruh ini bertujuan membina keyakinan diri, memperkukuh potensi individu dan menyediakan asas yang kukuh untuk melangkah ke peringkat pendidikan seterusnya secara berdaya saing.

Program

Bantuan Dermasiswa Pendidikan Tinggi (BDPT)

Biasiswa Kecil

Dermasiswa  Huffaz

Program Sekolah Angkat Zakat (PROSAZ)

Pusat Inovasi dan Pembelajaran Al-Biruni

Kisah Impak

Daripada Asnaf kepada Profesional Kejuruteraan

Sokongan berterusan daripada Zakat Selangor menjadi kekuatan penting buat Patih Fauzi Bahar, seorang anak asnaf dari Gombak dalam menamatkan pengajian tinggi dengan cemerlang. Dalam tempoh yang mencabar, termasuk ketika pandemik Covid-19, sokongan inilah yang membolehkan beliau terus melangkah tanpa perlu mengalah pada keadaan.

Daripada Kesempitan Hidup kepada Pentas Kejayaan

Siti Nur Madinah merupakan anak asnaf fakir miskin dari Kalumpang, Hulu Selangor. Sejak awal, kehidupan tidak menawarkan laluan yang mudah. Namun, beliau memilih untuk terus melangkah menjadikan cabaran sebagai dorongan untuk membina masa depan yang lebih baik. Dengan sokongan Bantuan Dermasiswa Pengajian Tinggi (BDPT), beliau membuktikan bahawa keterbatasan hidup bukan penghalang untuk mengejar pendidikan dan membina harapan.

Dari Kepayahan Bangkit Menjadi Juara SPM

Ketika ramai pelajar seusianya sedang memberi tumpuan sepenuhnya kepada persediaan peperiksaan, Muhammad Zaki Yap Abdul Salam berdepan ujian hidup yang amat berat apabila kehilangan bapa tercinta setahun sebelum menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Namun, dugaan tersebut tidak mematahkan semangatnya. Sebaliknya, Zaki menjadikan kesedihan sebagai sumber kekuatan untuk terus melangkah ke hadapan dan mengejar kejayaan.

Bangkit Mengubah Nasib

Dilahirkan sebagai anak bongsu daripada tujuh beradik dalam sebuah keluarga berpendapatan rendah, Muhammad Shafi Yusuf Abd Rahman memikul harapan besar keluarga sejak usia muda. Kehidupan mereka serba sederhana, dengan ayah yang telah bersara dan ibu yang bekerja sebagai pengasuh bagi menampung keperluan harian keluarga.

Related SDG

Rakan Kerjasama Strategik​

Inilah Impak Zakat Anda! 

Mualaf dibimbing melalui Kelas Fardu Ain Mualaf (KFAM) pada tahun 2025

0

Bilangan Kelas Fardhu Ain Mualaf sepanjang tahun 2025

0

Mualaf yang berjaya melepasi Had Ta’lif (penilaian asas fardu ain) dengan cemerlang semenjak tahun 2023

0

Tumpuan kepada pembinaan sahsiah, kekuatan rohani serta kesejahteraan asnaf mualaf. Melalui intervensi rohani, kursus kerohanian, dan program sokongan keluarga, keseimbangan emosi, spiritual, serta sosial dapat diperkukuh. Pendekatan ini amat penting dalam membina jati diri dan ketahanan asnaf bagi menghadapi pelbagai cabaran hidup.

Pembangunan Mualaf 

“Iman Dipupuk, Kehidupan Terarah”

Pembangunan mualaf menekankan pengukuhan akidah, penguasaan kefahaman asas Islam serta penyediaan sokongan berterusan, khususnya pada fasa awal pengislaman. Pelaksanaan intervensi rohani, bimbingan yang berstruktur dan sokongan komuniti yang menyeluruh berperanan membantu mualaf menyesuaikan diri dengan kehidupan baharu sebagai seorang Muslim.

Pendekatan holistik ini bukan sahaja membina keyakinan dan daya tahan spiritual, malah memastikan mualaf tidak terpinggir dari aspek sosial dan keagamaan, seterusnya berpotensi berkembang sebagai individu yang berdikari serta mampu menyumbang kepada masyarakat Islam, termasuk berkeupayaan menjadi pembayar zakat pada masa hadapan.

Mualaf Lifecycle

Program

Kelas Fardu Ain Mualaf (KFAM)

Biasiswa Kursus Induksi Asnaf Mualaf (KIAM)

Kursus-Kursus Mualaf (Baitul Hikmah)

UjianPenilaian Had Ta’lif

Kisah Impak

Dari Cabaran Hidup ke Menara Ilmu

Perjalanan hidup Saqeef Ramanathan, seorang mualaf penuh dengan cabaran besar. Terpisah daripada keluarga asal selepas memeluk Islam, beliau tetap memikul tanggungjawab menanggung dua orang anak, di samping berdepan tekanan kos sara hidup, sewa rumah dan yuran pengajian di Petaling Jaya.

Related SDG

Rakan Kerjasama Strategik​

Inilah Impak Zakat Anda! 

Mualaf yang telah disantuni semenjak tahun 2017

0

Warga emas yang telah disantuni semenjak tahun 2014

0

Pelajar asnaf yang telah disantuni semenjak tahun 2010

0

Seiring dengan aspirasi Zakat Selangor dalam memperkasa golongan asnaf, institusi di bawah kelolaan Zakat Selangor seperti Bait Al-Hasanah, Bait Al-Mawaddah dan Baitus Salam diwujudkan sebagai medium sokongan yang menyeluruh. Institusi ini bertujuan menawarkan perlindungan, pendidikan, kebajikan serta pembangunan yang komprehensif kepada pelbagai kategori asnaf termasuk fakir, miskin dan mualaf. Usaha ini melengkapkan inisiatif pembangunan sedia ada dengan menyediakan persekitaran, kemudahan yang selamat, teratur dan berterusan bagi memastikan kesejahteraan serta kelangsungan pembangunan golongan sasar.

Bait Al-Hasanah 

“Bait Al-Hasanah Penjana Generasi Kedua Generasi Cemerlang”

Zakat Selangor mengambil inisiatif untuk membangunkan generasi kedua yang cemerlang daripada golongan asnaf fakir dan miskin di Negeri Selangor dengan membangunkan asrama Bait Al-Hasanah.

Bait Al-Hasanah mula dibina tahun 2007 dan siap sepenuhnya pada penghujung tahun 2009. Pengambilan pertama dilakukan untuk sesi persekolahan 2010. Ia merupakan asrama yang dilengkapi fasiliti yang lengkap yang memuatkan seramai 160 orang pelajar pada satu-satu masa.

Bait Al-Hasanah juga telah didaftarkan di bawah seksyen 10, Akta Pusat Jagaan 1993 (Akta 506) di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Fokus Utama Bait Al-Hasanah

Bait Al-Hasanah merupakan sebuah institusi yang berperanan membangunkan potensi pelajar secara menyeluruh melalui pendekatan pembangunan holistik. Institusi ini mengoptimumkan penggunaan fasiliti sedia ada yang merangkumi perkhidmatan pembelajaran serta pelaksanaan pelbagai program pembangunan.

Fokus pembangunan merangkumi aspek akademik, sahsiah dan kepimpinan pelajar. Dalam Pembangunan secara holistik, Ibu bapa juga terlibat dalam Pembangunan pelajar sebagai pemangkin pembentukan di rumah, guru sebagai pembimbing di sekolah, manakala masyarakat turut terlibat dalam menyokong ekosistem pembangunan pelajar.

Pendekatan pembangunan pendidikan di Bait Al-Hasanah adalah berasaskan enam elemen kecerdasan, iaitu kecerdasan emosi (EQ), intelek (IQ), spiritual (SQ), bakat (TQ), kreativiti (CQ) dan daya tahan atau ketahanan diri (AQ) bagi melahirkan pelajar yang seimbang dan berdaya saing.

Objektif Bait Al-Hasanah

  • Melahirkan pelajar yang cemerlang dalam sahsiah akademik dan kokurikulum.  
  • Menyediakan insan yang kreatif, inovatif dan berkemahiran.  
  • Memberi perlindungan, bimbingan, pembangunan diri dan didikan kepada anak-anak fakir dan miskin.  

Program

Pembangunan Akademik

Pembangunan Sahsiah

Pembangunan Kepimpinan

Baitus Salam

“Menjadi pusat perlindungan dan pembangunan mualaf terunggul serta cemerlang di peringkat kebangsaan”

Baitus Salam mula beroperasi pada tahun 2005 di bawah Bahagian Pembangunan Insan, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS). Pada tahun 2014, bangunan Baitus Salam mula beroperasi secara rasmi di bawah pentadbiran MAIS. Seterusnya, pada tahun 2017, fungsi perlindungan mualaf telah dipindahkan ke Zakat Selangor selaras dengan penambahbaikan pengurusan dan kebajikan mualaf.

Pada tahun 2020, Baitus Salam telah diwartakan di bawah Akta Kawasan Larangan sebagai tempat perlindungan yang diiktiraf. Usaha pemerkasaan ini diteruskan pada tahun 2022 dengan pelancaran modul bersepadu Baitus Salam bagi memperkukuh aspek perlindungan, pendidikan dan pembangunan mualaf secara holistik.

Penubuhan dan pengoperasian Baitus Salam adalah selaras dengan Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 serta Peraturan-peraturan Pendaftaran, Penjagaan dan Pengajaran bagi Mualaf (Negeri Selangor) (Pindaan) 2013, Bahagian V, Peraturan 26 di bawah Perlindungan.

Fokus Utama Baitus Salam 

Menyediakan perlindungan, penjagaan dan pembangunan menyeluruh kepada mualaf bagi memastikan keselamatan, kebajikan serta kelangsungan kehidupan mereka selepas pengislaman.

Aspek Perlindungan merangkumi penempatan mualaf di bawah peruntukan Akta Kawasan Larangan 1959 bagi menjamin keselamatan diri. Tempoh perlindungan diberikan secara sementara sehingga mualaf bersedia untuk hidup berdikari. Mualaf juga perlu mematuhi peraturan yang ditetapkan serta mampu mengurus diri dan menjaga kebajikan minimum.

Aspek Penjagaan pula memberi penekanan kepada penyediaan tempat tinggal sementara, keperluan asas seperti makanan, minuman dan pakaian, serta penjagaan kesihatan. Bantuan asnaf turut disalurkan dan boleh dilanjutkan ke peringkat daerah bagi memastikan kesinambungan kebajikan mualaf.

Aspek Pembangunan memfokuskan kepada pemerkasaan ilmu dan keupayaan diri mualaf melalui Modul Bersepadu Baitus Salam, kelas fardu ain, bimbingan guru dan warden, program aktiviti harian, bulanan serta sambutan hari kebesaran Islam. Selain itu, mualaf turut diberikan peluang mengikuti kursus kemahiran bersijil, perkhidmatan kaunseling individu dan kelompok, serta disalurkan ke pusat pengajian yang diluluskan oleh Zakat Selangor.

Modul Bersepadu Baitus Salam
Modul Baitus Salam merangkumi penguasaan ilmu fardu ain yang meliputi akidah, fekah, hadis, tafsir, sirah dan akhlak. Selain itu, modul ini turut merangkumi elemen kemahiran kerjaya dan kepimpinan bagi memperkasa keupayaan diri penghuni.

Pelaksanaan modul pembelajaran dijalankan melalui dua peringkat, iaitu Modul Asas dan Modul Lanjutan. Penilaian terhadap penghuni dilaksanakan sekali setahun. Pada masa ini, penilaian menggunakan kaedah pra dan pasca penilaian, manakala perancangan pada masa hadapan adalah untuk menggunakan peperiksaan akhir tahun sahaja.

Objektif Bait Al-Mawaddah

  • Melaksanakan tuntutan bahagian V perkara 26 berkaitan perlindungan mualaf, peraturan-peraturan penjagaan dan pengajaran bagi mualaf (Negeri Selangor) 2009 pindaan 2013.

  • Sebagai pusat perlindungan mualaf yang disisihkan oleh keluarga dan saudara mara selepas memeluk Islam.

  • Sebagai tempat perlindungan mualaf dari ancaman-ancaman luar termasuk ancaman keluarga.

  • Sebagai pusat bimbingan fardu ain jangka pendek kepada mualaf.

  • Memberi ilmu vokasional kepada mualaf demi sosioekonomi yang lebih baik.

  • Menyusun semula hala tuju mualaf dari segi emosi dan sosial mereka bagi kehidupan yang lebih baik.

  • Memelihara aqidahnya dari dipesongkan oleh pihak-pihak tertentu.

Program

Ikon Komuniti

Bait Al-Mawaddah 

“Menjadi pusat pembangunan dan pengurusan warga emas berteraskan Islam yang cemerlang”

Bait Al-Mawaddah merupakan Pusat Jagaan Warga Emas yang dibina di atas tanah wakaf Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) yang dibiayai melalui dana zakat dan telah didaftarkan di bawah seksyen 10 Akta Jagaan 1993 (Akta 506) di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Pusat Jagaan ini merupakan kesinambungan dari rumah warga emas Darul Salamah, Tanjong Karang yang sebelum ini menempatkan warga emas berstatus asnaf fakir dan miskin yang berdaftar dengan Zakat Selangor. Seiring dengan keperluannya, Zakat Selangor mengambil inisiatif mewujudkan sebuah pusat jagaan yang lebih teratur, bersistematik dan mempunyai prasarana sempurna kepada penghuninya.

Bait Al-Mawaddah juga pernah mendapat pengiktirafan daripada Jabatan Kebajikan Masyarat iaitu Anugerah Pusat Jagaan terbaik Peringkat Negeri Selangor Pada tahun 2023. Penilaian ini dibuat oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat itu sendiri. Selain daripada itu, Bait Al-Mawaddah ini sering menjadi tempat Latihan industri pelajar universiti UITM dan UKM dalam bidang Geriatrik.

Konsep Bait Al Mawaddah merupakan satu kerangka holistik untuk membina keharmonian keluarga yang merangkumi enam elemen utama:

  • Keselesaan dan Keindahan Dalam Rumah: Mewujudkan persekitaran fizikal kediaman yang bersih, tersusun, dan menenangkan jiwa bagi setiap penghuninya.
  • Penjagaan Kesihatan: Menitikberatkan aspek kesejahteraan fizikal dan mental penghuninya melalui gaya hidup sihat dan pemakanan yang baik.
  • Suasana Penghayatan Islam: Menjadikan rumah sebagai pusat ibadah dan pengamalan nilai-nilai murni berlandaskan ajaran agama secara istiqamah.
  • Penyayang dan Toleransi: Memupuk kasih sayang yang mendalam serta sikap bertolak ansur bagi mengekalkan keharmonian dan mengelakkan konflik.
  • Membina Kebahagiaan: Berusaha secara aktif untuk mencipta kegembiraan bersama agar setiap penghuninya merasa dihargai dan disayangi.
  • Meningkatkan Daya Intelek: Menggalakkan budaya ilmu dan merangsang perkembangan minda melalui aktiviti pembelajaran yang berterusan di dalam rumah.

Objektif Bait Al-Mawaddah

  • Memberi perlindungan, pengawasan, pemulihan dan pembangunan diri yang berkesan kepada warga emas yang tergolong daripada fakir dan miskin yang tidak terbela.
  • Memberi jagaan dan rawatan kepada warga emas demi menjamin kesejahteraan dan kualiti hidup mereka​.
  • Menjaga kebajikan penghuni pusat penjagaan warga emas dengan baik​.
  • Mewujudkan persekitaran yang sihat ,cergas, ceria, harmoni, kasih sayang serta kondusif dalam kehidupan warga emas​.

Program

Kisah Impak

Tenang Melangkah, Tinggi Cita-cita

Muhammad Nur Amin Norhisyam merupakan anak sulung daripada tujuh orang adik-beradik dan dibesarkan dalam sebuah keluarga sederhana di sekitar Damansara. Sebelum kelahiran adik bongsunya baru-baru ini, beliau merupakan satu-satunya anak lelaki dalam keluarga, sekali gus memikul tanggungjawab sebagai contoh dan harapan kepada adik-adiknya.

Pendidikan Berterusan, Kehidupan Bermakna

Arivisa berasal dari Selangor dan merupakan keturunan Orang Asli suku kaum Mah Meri serta anak kelima daripada enam beradik. Latar belakang keluarga yang mementingkan pendidikan menjadi asas kepada kejayaannya dalam akademik sejak awal persekolahan, termasuk pencapaian cemerlang dalam UPSR dan keputusan SPM yang melepasi sasaran peribadi.

Disiplin dan Ketabahan: Kunci Kejayaan Safwan

Safwan merupakan anak asnaf kelahiran Subang, Selangor dan anak kelima daripada lapan beradik. Beliau adalah satu-satunya ahli keluarga yang menetap di Bait Al-Hasanah sejak tahun 2010 ketika berusia 11 tahun, sebagai batch pertama asrama tersebut. Kehidupan keluarga yang serba kekurangan, dengan bonda sebagai pengasuh dan ayah bekerja sebagai pengawal keselamatan, menjadikan perjalanan hidup Safwan penuh cabaran. Namun, bantuan Zakat Selangor banyak meringankan beban keluarganya. Pada tahun 2026, Safwan diuji dengan pemergian bonda tercinta tetapi Safwan terus cekal untuk teruskan perjuangan hidup.

Melangkah Yakin Selepas Hijrah

Perjalanan hidup dan pendidikan Soffiyah binti Muhammad bermula dengan pelbagai cabaran, khususnya selepas memeluk agama Islam. Pada ketika itu, beliau masih dalam proses menyesuaikan diri dengan cara hidup baharu sambil berdepan dengan pelbagai cabaran dari segi keluarga dan peribadi. Dalam usaha mencari persekitaran yang lebih positif dan menyokong, beliau telah menyertai Baitus Salam, yang kemudiannya menjadi titik perubahan penting dalam kehidupannya.

Related SDG

Rakan Kerjasama Strategik

Inilah Impak Zakat Anda! 

Alumni yang berdaftar di bawah program FriendZS sehingga tahun 2023

0

Alumni Zakat Selangor (FriendZS)

“Daripada penerima manfaat, kepada pemangkin perubahan”

Alumni Zakat Selangor merujuk kepada golongan asnaf yang pernah menerima bantuan dan menyertai program pembangunan, sebelum berjaya mencapai tahap kemandirian mengikut kriteria yang ditetapkan. Mereka bukan sekadar penerima manfaat, tetapi individu yang telah melalui satu perjalanan perubahan dalam kehidupan.

Kumpulan alumni ini mencerminkan hasil usaha pembangunan asnaf yang berterusan daripada menerima sokongan, membina keupayaan diri, sehinggalah mampu berdiri sendiri dan kembali menyumbang kepada masyarakat. Kisah mereka menjadi bukti bahawa dengan peluang, bimbingan dan usaha yang berterusan, perubahan hidup adalah sesuatu yang boleh dicapai.

Secara umumnya, alumni Zakat Selangor merangkumi tiga kategori utama:
Pertama, bekas penerima Bantuan Dermasiswa Pendidikan Tinggi (BDPT) yang telah menamatkan pengajian sekurang-kurangnya di peringkat Diploma atau Institut Latihan Kemahiran (ILK), sama ada di dalam mahupun di luar negara.

Kedua, asnaf mualaf yang telah melepasi penilaian Had Ta’lif dan tidak lagi dikategorikan sebagai asnaf fakir atau miskin.

Ketiga, bekas peserta program keusahawanan atau kerjaya yang telah berjaya keluar daripada status asnaf.

Melalui definisi ini, alumni Zakat Selangor bukan sekadar “bekas penerima bantuan”, tetapi merupakan rakan pembangunan yang telah melalui proses perubahan dan kini menjadi bukti hidup bahawa peluang, bimbingan dan usaha yang konsisten mampu mengangkat kehidupan ke tahap yang lebih bermaruah dan berdaya maju.

Program

Program Alumni Zakat Selangor di Bait Al-Hasanah 2023

Roundstage Alumni 2024

Ahli jawatankuasa FriendZS dan Fungsi

Ahli jawatankuasa dipilih melalui persetujuan bersama alumni yang hadir ketika perjumpaan mesyuarat alumni.

Cara menjadi ahli FriendZS

FriendZS adalah terbuka kepada bekas penerima bantuan Zakat Selangor (telah menandatangani surat perjanjian untuk keterlibatan di dalam aktiviti-aktiviti di Alumni Zakat Selangor juga perlu mengisi borang untuk mendaftarkan mereka sebagai ahli FriendZS.

Manfaat menjadi ahli FriendZS

1. Berpeluang memperluas rangkaian dan bersuai kenal dengan rakan alumni daripada pelbagai latar belakang dan bidang.
2. Mendapat pendedahan kepada pelbagai aktiviti yang memberi manfaat kepada pembangunan diri, kemahiran dan keyakinan alumni.
3. Berpeluang menyumbang semula kepada masyarakat, khususnya dalam menyokong pembangunan asnaf Zakat Selangor.

Related SDG

Zakat Selangor Hotline : 1-300-88-4343

Email : maklumbalasaduan@zakatselangor.com.my

All Rights Reserved ©2026 Lembaga Zakat Selangor

Kursus Latihan iKerjaya (KliK)

Kursus Latihan Inisiatif Kerjaya Asnaf (KLiK) dibangunkan khusus untuk memperkasa asnaf melalui kemahiran komunikasi, teknologi dan kesiapsiagaan kerja. Antara program utama yang dianjurkan termasuklah Kem Bangkit Kerja, Ready to Hire serta Smart Leadership & Effective Communication.

KLiK bertujuan membentuk sahsiah serta menyediakan kemahiran asas kerjaya kepada peserta, di samping meningkatkan motivasi dan memberi pendedahan kepada peluang pekerjaan. Inisiatif ini turut memberi ruang kepada generasi kedua asnaf yang tercicir dalam bidang akademik, khususnya lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Antara pendekatan yang dilaksanakan ialah sesi taklimat dan temu duga bersama wakil majikan pada hari terakhir kursus bagi memberi pendedahan terus kepada peluang kerjaya yang ditawarkan.

Program Latih & Kerja iKerjaya (LDK) ​

Program Latih & Kerja (LDK) membantu peserta, khususnya generasi kedua asnaf, membina keyakinan diri dan membuka laluan ke dunia pekerjaan sebenar. Melalui gabungan latihan kemahiran dan pengalaman kerja, peserta dipersiapkan dengan kemahiran teknikal, kemahiran insaniah serta persediaan kerjaya yang selari dengan keperluan industri.

Selepas tamat latihan, peserta dipadankan dengan majikan strategik untuk peluang pekerjaan, latihan industri atau penempatan kerja terus. Pendekatan ini memberi ruang kepada peserta berdiri di atas kaki sendiri, memperoleh pendapatan dan merancang masa depan yang lebih baik melalui kerjasama penyedia latihan bertauliah serta rakan strategik daripada sektor awam dan swasta.

Program Karnival iKerjaya

Program Karnival iKerjaya dilaksanakan melalui pendekatan turun padang bagi memastikan golongan asnaf tidak tercicir daripada peluang pekerjaan. Program ini menyediakan laluan kerjaya yang jelas dan berperingkat, bermula daripada saringan, latihan kemahiran hingga ke penempatan pekerjaan.

Dengan penglibatan majikan dan agensi pekerjaan yang menawarkan peluang kerja mengikut daerah, iKerjaya berfungsi sebagai platform padanan pekerjaan yang praktikal untuk asnaf fakir, miskin dan mualaf. Inisiatif pembangunan kerjaya dan program kemahiran turut dilaksanakan bagi meningkatkan kebolehpasaran serta peluang pendapatan peserta.

Secara keseluruhan, iKerjaya membantu asnaf mendapatkan peluang pekerjaan dan menyokong usaha meningkatkan taraf kehidupan mereka. Program ini khusus untuk asnaf yang berdaftar di bawah Zakat Selangor.

Skim Insentif Pekerjaan (SkiP)​

Skim Insentif Pekerjaan (SKiP) ini menyediakan bantuan sokongan kewangan serta insentif berbentuk ganjaran kepada asnaf yang mengikuti latihan kemahiran dan kerjaya, seterusnya berjaya ditempatkan dalam alam pekerjaan. Insentif tersebut sebagai pemangkin untuk memastikan kestabilan pendapatan serta memberi motivasi kepada peserta untuk bekerja secara berterusan.

Program Pemantauan Keusahawanan & Coaching Usahawan Asnaf​

Program Pemantauan Keusahawanan & Coaching Usahawan Asnaf diwujudkan untuk memastikan setiap bantuan perniagaan yang diterima benar-benar memberi kesan kepada kehidupan asnaf. Program ini memberi tumpuan kepada pemantauan, bimbingan dan sokongan berterusan bagi membantu usahawan asnaf mengukuhkan perniagaan yang telah dimulakan.

Penilaian turut dijalankan untuk melihat tahap kebolehlaksanaan, daya saing serta potensi perkembangan perniagaan yang diusahakan. Dalam masa sama, keperluan latihan dikenal pasti supaya usahawan asnaf diperkasa dengan kemahiran, pengetahuan serta keupayaan pengurusan yang diperlukan untuk terus berkembang sebagai individu yang berdikari.

Bantuan Modal Perniagaan​

Bantuan Modal Perniagaan diwujudkan untuk membantu usahawan asnaf dalam kalangan fakir, miskin dan mualaf memulakan langkah dalam perniagaan. Melalui sokongan kewangan permulaan serta bantuan perniagaan yang bersasar, peluang diberikan agar mereka mampu membina pendapatan harian yang stabil, menyara kehidupan dan meningkatkan taraf hidup sosioekonomi secara berperingkat.

Bantuan modal yang disalurkan mengikut keperluan sebenar perniagaan dengan pemantauan berterusan bagi memastikan bantuan yang disalurkan benar-benar memberi kesan. Pendekatan ini bukan sekadar membantu usahawan asnaf dapat memulakan perniagaan, malah menyokong mereka untuk mengurus dan mengembangkan perniagaan secara berdikari.

Bagi menyokong keperluan tersebut, pelbagai bentuk bantuan disediakan mengikut jenis perniagaan yang diusahakan. Antaranya termasuk modal pusingan, peralatan perniagaan, kenderaan, deposit dan binaan premis, baik pulih aset, stok jualan serta tunggakan sewa. Bagi sektor tertentu, bantuan turut merangkumi benih tanaman, baka ternakan, baja dan racun. Setiap bantuan disalurkan mengikut kesesuaian jenis perniagaan dan keperluan penerima bagi memastikan pulangan yang berimpak dan berterusan.

Antara jenis perniagaan yang diusahakan oleh usahawan asnaf merangkumi bidang makanan, peruncitan, pembuatan, perkhidmatan, penternakan, perikanan dan pertanian. Pemilihan bidang ini selari dengan kemahiran, pengalaman dan minat mereka sekai gus memberi ruang untuk membina perniagaan yang lebih stabil dan berdaya saing sebagai langkah ke arah kehidupan yang lebih berdikari.

Latihan Keusahawanan​

Latihan Keusahawanan disediakan berdasarkan tahap pengetahuan, kemahiran, minat serta jenis perniagaan yang diusahakan oleh asnaf. Pendekatan ini membantu memastikan setiap latihan yang diberikan benar-benar praktikal dan relevan, supaya asnaf dapat mengurus serta mengembangkan perniagaan dengan lebih yakin.

Latihan ini dirancang secara tersusun, merangkumi penyediaan modul, penganjuran program serta penglibatan penceramah atau fasilitator yang berpengalaman. Pemantauan turut dilaksanakan bagi memastikan ilmu yang dikongsi dapat diaplikasikan secara langsung dalam situasi perniagaan sebenar.

Usaha ini diperkukuh melalui Program Mentoring Usahawan, di mana asnaf dibimbing secara dekat oleh mentor berpengalaman. Melalui perkongsian pengalaman dan bimbingan berterusan, program ini membantu membina keyakinan, memperkemas kemahiran membuat keputusan dan memperkukuh keupayaan asnaf untuk terus melangkah dalam dunia perniagaan.

Pemasaran Produk ​

Pemasaran Produk Usahawan Asnaf memberi tumpuan kepada penyediaan ruang dan peluang agar produk mereka dapat diperkenalkan kepada pasaran yang lebih luas. Pelbagai platform pemasaran dikenal pasti dan dimanfaatkan, merangkumi saluran fizikal seperti pameran dan pasar komuniti, serta saluran digital termasuk platform dalam talian dan media sosial bagi membantu meningkatkan capaian pasaran dan jualan produk.

Usaha ini turut disokong dengan penambahbaikan kualiti produk dari segi pembungkusan, penjenamaan, pematuhan piawaian dan kualiti pengeluaran. Melalui pendekatan ini, produk usahawan asnaf diperkasa untuk tampil lebih diyakini, bersaing dengan lebih baik di pasaran dan membina kepercayaan pelanggan secara berperingkat.

Dari Peluang ke Keyakinan: iKerjaya Membuka Jalan ​

Bermula dengan kelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Mohd Ilyas Adam membuktikan bahawa kejayaan tidak ditentukan oleh titik permulaan, tetapi oleh keberanian untuk bangkit dan berubah. Dengan semangat yang konsisten, beliau menyertai pelbagai program pembangunan diri secara aktif bagi membina keyakinan dan melengkapkan diri dengan kemahiran yang diperlukan untuk melangkah ke alam pekerjaan.

Antara langkah penting dalam perjalanannya ialah penyertaan dalam Program Persijilan Profesional Hospitaliti UOA Academy, hasil kerjasama Zakat Selangor dan Khazanah Nasional. Melalui program ini, Mohd Ilyas bukan sahaja mendapat pendedahan latihan industri, malah memahami realiti dunia kerja sebenar yang menuntut disiplin, etika kerja dan ketahanan diri setiap hari. Beliau turut melengkapkan diri melalui Kursus Latihan Inisiatif Kerjaya Asnaf (KLiK) yang memperkukuh kemahiran komunikasi, penggunaan teknologi serta kesiapsiagaan asas sebelum melangkah ke dunia pekerjaan.

Hasil komitmen dan disiplin yang berterusan, Mohd Ilyas kini berjaya membina kerjaya sebagai Operation Executive di Fast Event Sdn. Bhd. Lebih membanggakan, pencapaian ini diraih sebagai pemegang kad Orang Kelainan Upaya (autisme ringan), sekali gus menepis stigma dan membuktikan bahawa keterbatasan bukan penghalang untuk berjaya apabila peluang diberi dan usaha tidak terhenti.

Kisah Mohd Ilyas mencerminkan bagaimana peluang yang tepat, disertai usaha berterusan dan sokongan berfokus, mampu mengubah masa depan. Ia bukan sekadar tentang kejayaan individu, tetapi tentang harapan baharu untuk diri sendiri, keluarga dan sebuah perjalanan hidup yang terus melangkah ke hadapan.

Dari Bengkel Belakang Rumah ke Perusahaan Sosial ​

Mohd Faizal Ayob memulakan perniagaannya dari sebuah bengkel kecil di belakang sebuah rumah di Puchong Permai. Di ruang yang serba sederhana itu, beliau membina kemahiran langkah demi langkah, belajar melalui pengalaman sebenar dan membuktikan bahawa kerja kayu boleh menjadi sumber rezeki yang berdaya maju.

Namun, beliau tidak berhenti setakat mencukupkan keperluan harian. Pada April 2021, sebuah ruang kerja kolaboratif ditubuhkan dengan bengkel yang lebih tersusun, kemas dan bersedia untuk berkembang. Terletak di Lot 5195, Jalan Bakawali, Kampung Pasir Baru, Puchong, bengkel ini menjadi pusat perkhidmatan kerja kayu, pembangunan prototaip dan pembaikan perabot. Di sinilah idea diuji, kualiti diperhalusi dan peluang mula terbuka.

Apa yang menjadikan perjalanan Mohd Faizal bermakna ialah pendekatan yang dipegangnya. Perniagaan dibina bukan untuk dirinya semata-mata, tetapi sebagai ruang memberi manfaat kepada komuniti. Penglibatan aktif beliau dalam aktiviti kemasyarakatan membawa kepada penubuhan sebuah perusahaan sosial melalui program usahawan SME Corp dan Yayasan Inovasi Malaysia. Dari situ, penglibatan beliau semakin luas menyantuni program pembangunan komuniti, memperkasa belia-belia PPR di sekitar Lembah Klan, dan membina jaringan kerjasama bersama pelbagai pihak. Setiap program yang disertai bukan hanya “aktiviti”, tetapi ruang harapan: untuk belia merasai peluang, untuk komuniti kembali yakin, dan untuk kemahiran menjadi pemangkin perubahan.

Usaha ini turut mendapat sokongan dan usahasama daripada pelbagai agensi seperti CIMB Foundation, Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Yayasan Telekom Malaysia, serta Pejabat Ahli Parlimen dan DUN. Hari ini, perniagaan Mohd Faizal telah berkembang menjadi rakan strategik kepada beberapa agensi dan PBT, antaranya ThinkCity, PNB Merdeka Ventures, Yayasan TM, MBSJ dan Yayasan Inovasi Malaysia satu bukti bahawa kerja tangan yang bermula di belakang rumah mampu membina kepercayaan di meja kerjasama.

Dengan sokongan MBSJ, perniagaan beliau kini beroperasi di ruang bengkel yang lebih kondusif di Kompleks 3C, Subang Jaya. Operasi menjadi lebih teratur, peluang semakin luas dan hala tuju pertumbuhan lebih jelas. Daripada sebuah bengkel kecil di belakang rumah, Encik Faizal membina sebuah perjalanan yang mengangkat kemahiran, memartabatkan kerja tangan dan memberi nilai kepada komuniti.

Langkah Kecil Membina Perniagaan Sendiri ​

Perniagaan Mohamed Azeman Mat Sum bermula sederhana dari dapur rumahnya di Kapar, Klang. Dengan semangat mahu berdikari, beliau menghadiri kursus penghasilan keropok lekor anjuran Jabatan Perikanan. Dari situlah keyakinan itu lahir: beliau mula menghasilkan keropok lekor sendiri, bermula daripada mendapatkan bahan mentah isi ikan, memprosesnya dengan teliti, sehinggalah menjadi produk siap yang boleh dibanggakan.

Usaha kecil di rumah itu membuka peluang yang lebih besar. Mohamed Azeman diberi peluang menyewa sebuah kedai oleh Majlis Bandaraya Klang (MBK) pada kadar sewaan RM150 sebulan. Kedai yang terletak di Jalan Pasar Malam Dua itu menjadi “rumah kedua” untuk impiannya berkembang. Ia bukan sekadar tempat menghasilkan produk, tetapi juga ruang pameran dan jualan yang mempertemukan beliau dengan pelanggan setia, termasuk pengusaha kantin sekolah dan penduduk setempat yang semakin mengenali hasil tangan beliau.

Dalam usaha memastikan kedai terus beroperasi dan jualan meningkat, beliau turut menawarkan produk sejuk beku daripada vendor luar sebagai pilihan tambahan kepada pelanggan. Langkah ini membantu menambah variasi jualan dan menarik lebih ramai pembeli.

Secara perlahan-lahan, bermula daripada ilmu yang diperoleh melalui kursus dan keberanian untuk mencuba, Mohamed Azeman membina perniagaan ini dengan kerja keras dan ketekunan. Rezeki yang diusahakan melalui hasil ikan dan kerja tangan sendiri menjadi sandaran untuk menyara keluarga, dengan harapan agar usaha ini dapat terus berkembang dan memberi kestabilan untuk masa hadapan.

Bantuan Dermasiswa Pendidikan Tinggi (BDPT) ​

Bantuan Dermasiswa Pengajian Tinggi (Dalam Negara) merupakan inisiatif bagi membantu meringankan beban kewangan pelajar dalam kalangan anak asnaf Fakir, Miskin dan Mualaf yang melanjutkan pengajian sepenuh masa di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) atau Institut Latihan Kemahiran (ILK) dalam negara. Bantuan ini merangkumi pembayaran yuran pengajian serta Bantuan Keperluan Pendidikan yang akan diberikan sepanjang tempoh asas pengajian pelajar.

Bantuan ini memastikan pelajar dapat meneruskan pengajian sepenuh masa tanpa halangan kewangan, mengurangkan risiko keciciran pelajaran, serta meningkatkan peluang kejayaan akademik dan kebolehpasaran graduan pada masa hadapan.

Biasiswa Kecil ​

Biasiswa Kecil Lembaga Zakat Selangor (MAIS) merupakan inisiatif bantuan pendidikan yang disediakan bagi menyokong pelajar asnaf Fakir, Miskin dan Mualaf yang mengikuti pengajian di sekolah berasrama penuh seperti di Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) serta Sekolah Agama Menengah JAIS. Bantuan ini bertujuan membantu keperluan pembelajaran harian agar pelajar dapat memberi tumpuan sepenuhnya kepada pembelajaran tanpa dibebani masalah kewangan.

Bantuan ini juga berperanan sebagai penyelesaian kepada cabaran kewangan yang dihadapi oleh keluarga asnaf dalam memastikan kelangsungan persekolahan anak-anak di sekolah berasrama penuh, seterusnya menyokong pembangunan modal insan yang berilmu dan berdaya saing.

Selain itu, bantuan ini turut berperanan menangani cabaran kewangan yang dihadapi keluarga asnaf, seterusnya memastikan kelangsungan persekolahan anak-anak di sekolah berasrama penuh. Inisiatif ini secara langsung menyokong pembangunan modal insan yang berilmu, berkemahiran, dan berdaya saing pada masa hadapan.

Dermasiswa  Huffaz  ​

Bantuan Dermasiswa Huffaz merupakan inisiatif sokongan pendidikan yang disediakan bagi membantu meringankan beban kewangan pelajar Huffaz al-Quran yang mengikuti pengajian tahfiz sepenuh masa. Bantuan ini bertujuan membiayai sebahagian yuran pengajian secara bulanan agar pelajar dapat memberi tumpuan sepenuhnya kepada proses hafazan dan pengajian al-Quran tanpa kekangan kewangan.

Bantuan yang diberikan saban tahun ini dapat membantu melahirkan lebih ramai Huffaz yang berilmu, berdisiplin dan berakhlak mulia, seterusnya memperkukuh institusi keilmuan Islam dan pemeliharaan al-Quran di negeri Selangor.

Program Sekolah Angkat Zakat (PROSAZ) 

Program Sekolah Angkat Zakat (PROSAZ) merupakan inisiatif pembangunan pendidikan yang dilaksanakan bagi memperkasa peranan sekolah dalam membangunkan potensi anak-anak asnaf Fakir dan Miskin secara menyeluruh. Program ini menyediakan insentif kepada pihak pengurusan sekolah yang komited menyelaras dan menganjurkan pelbagai program pembangunan merangkumi aspek akademik, kemahiran, kerohanian dan emosi demi kesejahteraan serta kecemerlangan pelajar asnaf.

Pelaksanaan PROSAZ melibatkan sekolah-sekolah yang berdaftar di bawah Jabatan Pendidikan Negeri Selangor (JPNS) atau Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang mempunyai sekurang-kurangnya 30 orang pelajar asnaf Fakir dan Miskin yang berdaftar dan sedang mengikuti persekolahan. Program ini secara tidak langsung menyokong usaha sekolah sebagai rakan strategik dalam pembangunan modal insan asnaf yang seimbang dan berdaya saing.

 Program Sokongan Institusi al-Biruni​

Program Sokongan Institusi Al-Biruni merupakan inisiatif pembangunan pendidikan dan inovasi yang memberi nafas baharu kepada kanak-kanak asnaf fakir dan miskin bandar. Bermula daripada keperluan untuk menyediakan ruang pembelajaran yang selamat, kondusif dan berfokus

Projek Al-Biruni mentransformasikan unit kediaman komuniti menjadi pusat sehenti yang menyokong pembelajaran, bimbingan serta pembangunan modal insan secara menyeluruh. Melalui pendekatan bersepadu yang melibatkan rakan pelaksana, komuniti setempat dan kerjasama strategik bersama rakan korporat, projek ini membuka peluang kepada kanak-kanak asnaf bandar untuk membina potensi diri, mengukuhkan jati diri dan melangkah keluar daripada kitaran kemiskinan ke arah masa depan yang lebih cerah dan berdaya saing.

Daripada Asnaf kepada Profesional Kejuruteraan ​

Sokongan berterusan daripada Zakat Selangor menjadi kekuatan penting buat Patih Fauzi Bahar, seorang anak asnaf dari Gombak dalam menamatkan pengajian tinggi dengan cemerlang. Dalam tempoh yang mencabar, termasuk ketika pandemik Covid-19, sokongan inilah yang membolehkan beliau terus melangkah tanpa perlu mengalah pada keadaan.

Sejak tahun 2020, Patih Fauzi menerima Bantuan Dermasiswa Pengajian Tinggi (BDPT) dan Bantuan Keperluan Pendidikan (BKP) merangkumi yuran pengajian, wang saku, penginapan, buku rujukan serta peralatan pembelajaran, sekali gus membolehkan beliau memberi tumpuan sepenuhnya kepada pengajian walaupun berdepan pelbagai cabaran.

Hasil usaha yang berterusan, Patih Fauzi berjaya menamatkan pengajian dalam bidang Fizik di Universiti Putra Malaysia (UPM) pada tahun 2025. Perjalanannya turut membuka peluang di peringkat antarabangsa apabila beliau menjalani latihan industri dalam bidang penyelidikan bateri di Academia Sinica, Taiwan. Satu pengalaman berharga yang memperluas perspektif dan kemahiran profesionalnya.

Hari ini, Patih Fauzi melangkah ke alam kerjaya sebagai SoC Design Engineer di Logikhaus. Kisah beliau mencerminkan bagaimana sokongan pendidikan yang tersusun, digandingkan dengan kesungguhan diri, mampu membuka jalan kepada masa depan yang lebih baik dan memberi manfaat bukan sahaja kepada individu, tetapi juga kepada masyarakat.

Daripada Kesempitan Hidup kepada Pentas Kejayaan ​

Siti Nur Madinah merupakan anak asnaf fakir miskin dari Kalumpang, Hulu Selangor. Sejak awal, kehidupan tidak menawarkan laluan yang mudah. Namun, beliau memilih untuk terus melangkah menjadikan cabaran sebagai dorongan untuk membina masa depan yang lebih baik. Dengan sokongan Bantuan Dermasiswa Pengajian Tinggi (BDPT), beliau membuktikan bahawa keterbatasan hidup bukan penghalang untuk mengejar pendidikan dan membina harapan.

Berbekalkan semangat juang dan sokongan pendidikan yang berterusan, Siti Nur Madinah berjaya menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial (Antropologi dan Dakwah) di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA). Usahanya membuahkan hasil apabila beliau memperoleh CGPA 3.69 serta dianugerahkan Pingat Ibnu Khaldun, satu pengiktirafan kepada komitmen dan disiplin yang ditunjukkan sepanjang pengajian.

Hari ini, perjalanan hidup Siti Nur Madinah memperlihatkan perubahan yang nyata. Daripada seorang pelajar yang dibesarkan dalam kesempitan, beliau kini melangkah ke alam profesional sebagai Penerbit Rancangan TV di Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM). Selain itu, beliau aktif sebagai penyampai radio dan pengacara majlis serta pernah menyumbang bakti sebagai penceramah motivasi di Penjara Marang. Lebih 50 pentas telah dilaluinya bukan kerana kemewahan, tetapi hasil ilmu, ketekunan dan jati diri yang dibina melalui pengalaman hidup.

Kisah Siti Nur Madinah mencerminkan bagaimana sokongan pendidikan yang tepat, digandingkan dengan usaha berterusan, mampu membuka ruang perubahan. Ia bukan sekadar kisah kejayaan peribadi, tetapi gambaran tentang potensi yang boleh dicapai apabila peluang dan kesungguhan bertemu.

Dari Kepayahan Bangkit Menjadi Juara SPM ​

Ketika ramai pelajar seusianya sedang memberi tumpuan sepenuhnya kepada persediaan peperiksaan, Muhammad Zaki Yap Abdul Salam berdepan ujian hidup yang amat berat apabila kehilangan bapa tercinta setahun sebelum menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Namun, dugaan tersebut tidak mematahkan semangatnya. Sebaliknya, Zaki menjadikan kesedihan sebagai sumber kekuatan untuk terus melangkah ke hadapan dan mengejar kejayaan.

Dengan sokongan penuh ibunya yang menjalankan perniagaan kecil-kecilan, Zaki kekal fokus terhadap pelajaran walaupun berhadapan pelbagai cabaran. Beliau turut menyertai Program Sekolah Angkat Zakat Selangor (PROSAZ) yang menyediakan bimbingan akademik, sokongan moral serta suntikan motivasi yang amat diperlukan dalam perjalanan akademiknya.

Walaupun pernah mengalami kegagalan dalam mata pelajaran Matematik semasa peperiksaan percubaan, Zaki tidak berputus asa. Berkat usaha berterusan, beliau berjaya memperoleh keputusan 9A penuh dalam peperiksaan SPM sebenar. Kejayaan luar biasa ini bukan sahaja mengharumkan nama sekolah dan keluarga, malah membuktikan keberkesanan sokongan berterusan melalui Program PROSAZ.

“Saya mahu terus berjaya demi arwah ayah dan ibu yang banyak berkorban untuk saya. Program PROSAZ membantu saya bangkit dan percaya pada diri sendiri.” ujar Muhammad Zaki.

Kejayaan Zaki menjadi bukti bahawa dengan sokongan yang tepat, semangat juang yang tinggi dan keazaman yang kukuh, anak-anak asnaf mampu mencipta kecemerlangan dan mengubah masa depan mereka.

Bangkit Mengubah Nasib ​

Dilahirkan sebagai anak bongsu daripada tujuh beradik dalam sebuah keluarga berpendapatan rendah, Muhammad Shafi Yusuf Abd Rahman memikul harapan besar keluarga sejak usia muda. Kehidupan mereka serba sederhana, dengan ayah yang telah bersara dan ibu yang bekerja sebagai pengasuh bagi menampung keperluan harian keluarga.

Dalam peperiksaan percubaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Shafi hanya memperoleh 4A, namun gagal dalam mata pelajaran Matematik. Keputusan itu bukan penamat, sebaliknya menjadi titik tolak untuk beliau bangkit dan membuktikan kemampuan diri.

Dengan keazaman yang tinggi serta bimbingan berterusan melalui Program Sekolah Angkat Zakat Selangor (PROSAZ) di bawah Zakat Selangor, Shafi melakukan perubahan yang luar biasa. Usaha dan disiplin yang konsisten akhirnya membuahkan hasil apabila beliau berjaya memperoleh 9A penuh dalam peperiksaan SPM sebenar.

Program PROSAZ memainkan peranan penting dalam meningkatkan prestasi akademik dan pembentukan sahsiah Shafi. Melalui penyertaan dalam kelas tambahan, sesi motivasi serta pengukuhan spiritual, beliau berjaya membina keyakinan diri, memperbaiki kelemahan akademik dan menukar kegagalan kepada kejayaan yang membanggakan.

“Program PROSAZ memberi saya sinar baharu dalam hidup. Tanpa bimbingan dan keprihatinan yang diberikan, mungkin saya tidak akan mencapai kejayaan ini.” kata Shafi.

Kejayaan Shafi membuktikan bahawa kemiskinan bukan penamat kepada impian. Melalui sokongan yang menyeluruh, usaha yang tidak pernah terhenti dan semangat juang yang tidak mengenal putus asa, anak-anak asnaf mampu bangkit menawan kecemerlangan serta membina masa depan yang lebih cerah dan bermakna.

Kelas Fardu Ain Mualaf (KFAM) ​

Program ini merupakan sebuah platform pendidikan asas fardu ain yang dirangka khusus bagi membimbing para mualaf memahami dan mengamalkan tuntutan agama Islam secara berperingkat, teratur dan mudah difahami. Pelaksanaan program dijalankan secara fizikal dan dalam talian, mengikut daerah masing-masing, bagi memastikan akses pembelajaran yang fleksibel, inklusif dan menyeluruh.

Kurikulum pembelajaran merangkumi Ulum Syariyyah dengan penekanan kepada Tauhid dan Fekah, yang disusun secara berstruktur melalui Tahap 1 hingga Tahap 3. Pendekatan ini memastikan proses pembelajaran berlangsung secara sistematik dan berkesan, selari dengan tahap kefahaman serta keperluan mualaf.

Melalui pelaksanaan program ini, usaha memantapkan kefahaman dan penghayatan asas fardu ain dapat direalisasikan sebagai tunjang kepada kehidupan beragama. Di samping itu, sokongan bimbingan dan pemantauan berterusan turut disediakan secara tersusun bagi memastikan perkembangan mualaf dipelihara secara holistik. Program ini juga berperanan penting dalam mengukuhkan jati diri serta membina keyakinan mualaf sebagai Muslim, agar mereka mampu menjalani kehidupan berlandaskan nilai dan prinsip Islam dengan yakin dan berterusan.

Kursus Induksi Asnaf Mualaf (KIAM) ​

Kursus Induksti Asnaf Mualaf (KIAM) merupakan inisiatif awal yang bertujuan membekalkan maklumat, panduan dan kefahaman asas kepada mualaf dalam fasa awal pengislaman. Kursus ini menekankan pengenalan terhadap peranan, fungsi serta tanggungjawab agensi berkaitan yang terlibat dalam proses pengislaman, bagi membantu mualaf memahami struktur sokongan yang tersedia serta menyesuaikan diri dengan kehidupan baharu sebagai seorang Muslim.

Melalui pendekatan menyeluruh, kursus ini memberi penekanan kepada pemahaman hak dan tanggungjawab mualaf, kesedaran tentang kepentingan sokongan pasca pengislaman, serta pengenalpastian keperluan pembangunan yang bersesuaian. Di samping itu, pengumpulan data dan profil mualaf turut dilaksanakan bagi menyokong perancangan dan pelaksanaan pembangunan yang lebih berfokus, berstruktur dan berimpak.

Kursus-Kursus Mualaf (Baitul Hikmah) 

Kursus-kursus ini diperkenalkan bagi memenuhi keperluan pendidikan awal kepada individu yang baru memeluk Islam serta individu yang masih dalam proses mengenali Islam. Ia menyediakan bimbingan yang terancang dan menyeluruh untuk membantu peserta memahami asas-asas utama Islam, sekali gus menyesuaikan diri dengan identiti serta cara hidup baharu sebagai seorang Muslim.

Kursus-kursus ini diadakan di Baitul Hikmah sebagai pusat latihan untuk mualaf. Secara keseluruhannya, sebanyak 24 jenis kursus telah dirangka dan dilaksanakan bagi memenuhi keperluan pendidikan awal mualaf secara menyeluruh dan berstruktur mengikut bangsa.

Melalui pendekatan pembelajaran yang tersusun, berperingkat dan menyokong, kursus-kursus ini bertujuan memantapkan kefahaman akidah, membina keyakinan diri serta kestabilan spiritual dalam fasa awal penghijrahan ke dalam agama Islam. Kursus ini turut memberi motivasi kepada mualaf untuk mendalami ajaran Islam dengan penuh yakin, memahami Islam dalam makna yang sebenar tanpa rasa ragu, serta mengukuhkan pegangan agar terus istiqamah dalam kehidupan beragama.

Secara keseluruhannya, kursus ini berperanan melahirkan individu Muslim yang memahami, mencintai dan berpegang teguh kepada ajaran Islam, sekali gus membina asas kehidupan yang diberkati dan diredai Allah.

Ujian Penilaian Had Ta’lif 

Had Ta’lif merupakan satu bentuk penilaian berasaskan kriteria dan mekanisme yang ditetapkan bagi menentukan bahawa seseorang mualaf telah melepasi tempoh keperluan bantuan material, bimbingan serta pendidikan agama.

Penilaian ini bertujuan memastikan tahap kefahaman, penghayatan dan pengamalan Islam dalam kalangan mualaf berada pada tahap yang memadai bagi mengekalkan keislaman mereka secara berterusan selaras dengan Fatwa Had Tempoh Panggilan Muallaf di Negeri Selangor selama 5 tahun.

Hak dan keperluan mualaf secara umumnya terbahagi kepada dua aspek utama. Pertama, hak agama yang merangkumi bimbingan asas-asas Islam serta panduan untuk mengamalkan ajaran Islam secara sempurna. Kedua, hak sosial yang meliputi keperluan asas seperti makanan dan minuman, kediaman dan perlindungan, kesihatan, keselamatan, pendidikan serta kemudahan komunikasi.

Dari Cabaran Hidup ke Menara Ilmu

Perjalanan hidup Saqeef Ramanathan, seorang mualaf penuh dengan cabaran besar. Terpisah daripada keluarga asal selepas memeluk Islam, beliau tetap memikul tanggungjawab menanggung dua orang anak, di samping berdepan tekanan kos sara hidup, sewa rumah dan yuran pengajian di Petaling Jaya.

Situasi kewangan yang mencabar itu mula berubah apabila beliau menerima Dermasiswa Pendidikan dan Bantuan Bulanan daripada Zakat Selangor. Bantuan zakat memberi ruang untuk beliau menyusun kehidupan dengan lebih tenang dan fokus kepada masa depan.

Pada tahun 2024, Saqeef memulakan pengajian PhD Islam Hadhari di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dengan tajaan zakat sepenuhnya. Komitmen dan sumbangan beliau sebagai mualaf turut mendapat pengiktirafan apabila dianugerahkan Anugerah Khas Mualaf oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), hasil pencalonan oleh Zakat Selangor. Pengiktirafan ini menjadi dorongan moral yang besar dalam meneruskan dakwah dan pembangunan diri.

Dalam kerjaya, beliau berkhidmat sebagai Guru Sejarah di Jabatan Agama Islam Selangor serta Jurulatih Utama Sejarah SPM di bawah PPD Petaling Utama. Beliau juga merupakan bekas pelajar KFAM Zakat Selangor.

Dengan bantuan zakat, perjalanan hidup Saqeef Ramanathan telah berubah daripada kesempitan kepada kemandirian, membuktikan bahawa zakat bukan sekadar meringankan beban, malah menjadi pemangkin pembinaan insan berilmu, berdaya saing dan mampu menyumbang kembali kepada agama serta masyarakat.

Pembangunan Akademik ​

Pembangunan Akademik merupakan program pembangunan pembelajaran yang dilaksanakan secara holistik, dengan memberi penekanan kepada pengukuhan aspek kognitif, kemahiran belajar dan motivasi dalam kalangan peserta. Program ini dirangka bagi menyokong kecemerlangan akademik secara menyeluruh serta berterusan.

Pelaksanaan Pembangunan Akademik merangkumi beberapa inisiatif utama seperti Program Bitara Kecemerlangan, Kelas Intensif, serta program berteraskan sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM). Setiap inisiatif disusun secara terancang bagi meningkatkan kefahaman, penguasaan kemahiran dan minat terhadap pembelajaran, seterusnya melahirkan pelajar yang berdaya saing dan berpotensi tinggi.

Pembangunan Sahsiah

Pembangunan Sahsiah merupakan program yang memberi tumpuan kepada pembentukan sikap, tingkah laku, disiplin serta nilai diri yang positif bagi melahirkan individu yang seimbang dari segi emosi, sosial dan spiritual. Program ini dirangka untuk memperkukuh jati diri serta membina keperibadian yang mantap selari dengan nilai-nilai Islam.

Majoriti ahli Kelab Alumni FriendZS terdiri daripada bekas penerima dermasiswa Zakat Selangor yang kini telah membina kerjaya dan mencipta kejayaan dalam bidang masing-masing. Melalui sesi perkongsian, para alumni berkongsi perjalanan sebenar mereka berkenaan cabaran, usaha dan pilihan yang membentuk siapa mereka hari ini. Perkongsian ini memberi gambaran jelas kepada para pelajar bahawa kejayaan dibina melalui kesungguhan dan ketekunan.

Lebih daripada sebuah program, Roundstage Alumni membawa mesej harapan bahawa sokongan yang diterima hari ini hadir bersama tanggungjawab pada masa hadapan untuk membina kehidupan yang lebih baik dan kembali menyumbang kepada masyarakat. Inilah kitaran kebaikan yang ingin terus dipupuk oleh Zakat Selangor. Daripada menerima, membina, dan akhirnya memberi kembali.

Pembangunan Kepimpinan ​

Pembangunan Kepimpinan merupakan program yang memberi tumpuan kepada pembinaan kemahiran kepimpinan, pengukuhan jati diri sebagai pemimpin, keupayaan membuat keputusan serta kebolehan mempengaruhi orang lain secara positif. Program ini dirangka bagi melahirkan individu yang berkeyakinan, berdisiplin dan berwibawa.

Majoriti ahli Kelab Alumni FriendZS terdiri daripada bekas penerima dermasiswa Zakat Selangor yang kini telah membina kerjaya dan mencipta kejayaan dalam bidang masing-masing. Melalui sesi perkongsian, para alumni berkongsi perjalanan sebenar mereka berkenaan cabaran, usaha dan pilihan yang membentuk siapa mereka hari ini. Perkongsian ini memberi gambaran jelas kepada para pelajar bahawa kejayaan dibina melalui kesungguhan dan ketekunan.

Lebih daripada sebuah program, Roundstage Alumni membawa mesej harapan bahawa sokongan yang diterima hari ini hadir bersama tanggungjawab pada masa hadapan untuk membina kehidupan yang lebih baik dan kembali menyumbang kepada masyarakat. Inilah kitaran kebaikan yang ingin terus dipupuk oleh Zakat Selangor. Daripada menerima, membina, dan akhirnya memberi kembali.

Pendidikan

Program Pendidikan Baitus Salam merupakan satu inisiatif pendidikan berstruktur yang dirangka khusus untuk golongan asnaf mualaf bagi menyokong proses penyesuaian diri, pengukuhan kefahaman Islam serta pembangunan diri secara menyeluruh. Program ini memberi tumpuan kepada pembinaan asas ilmu, peningkatan keyakinan diri, pembentukan sahsiah dan penguasaan kemahiran hidup dalam persekitaran yang selamat, menyokong dan berterusan.

Majoriti ahli Kelab Alumni FriendZS terdiri daripada bekas penerima dermasiswa Zakat Selangor yang kini telah membina kerjaya dan mencipta kejayaan dalam bidang masing-masing. Melalui sesi perkongsian, para alumni berkongsi perjalanan sebenar mereka berkenaan cabaran, usaha dan pilihan yang membentuk siapa mereka hari ini. Perkongsian ini memberi gambaran jelas kepada para pelajar bahawa kejayaan dibina melalui kesungguhan dan ketekunan.

Lebih daripada sebuah program, Roundstage Alumni membawa mesej harapan bahawa sokongan yang diterima hari ini hadir bersama tanggungjawab pada masa hadapan untuk membina kehidupan yang lebih baik dan kembali menyumbang kepada masyarakat. Inilah kitaran kebaikan yang ingin terus dipupuk oleh Zakat Selangor. Daripada menerima, membina, dan akhirnya memberi kembali.

Ikon Komuniti ​

Program Ikon Komuniti bertujuan melahirkan ikon komuniti dalam kalangan asnaf mualaf yang berperanan sebagai agen sokongan, teladan serta pemangkin kepada pembangunan komuniti setempat. Program ini dirangka bagi memperkasa peserta dengan nilai kepimpinan, keyakinan diri dan keupayaan berinteraksi secara positif dalam masyarakat.

Kesihatan

Program Kesihatan Bait Al-Mawaddah bertujuan meningkatkan kesejahteraan fizikal, mental dan sosial warga emas melalui pendekatan penjagaan kesihatan yang bersepadu dan menyeluruh. Program ini menekankan aspek pencegahan penyakit, pemantauan kesihatan secara berterusan, sokongan psikososial serta amalan gaya hidup sihat, bagi memastikan warga emas dapat menjalani kehidupan yang selesa, aktif dan berdikari selagi mampu.

Majoriti ahli Kelab Alumni FriendZS terdiri daripada bekas penerima dermasiswa Zakat Selangor yang kini telah membina kerjaya dan mencipta kejayaan dalam bidang masing-masing. Melalui sesi perkongsian, para alumni berkongsi perjalanan sebenar mereka berkenaan cabaran, usaha dan pilihan yang membentuk siapa mereka hari ini. Perkongsian ini memberi gambaran jelas kepada para pelajar bahawa kejayaan dibina melalui kesungguhan dan ketekunan.

Lebih daripada sebuah program, Roundstage Alumni membawa mesej harapan bahawa sokongan yang diterima hari ini hadir bersama tanggungjawab pada masa hadapan untuk membina kehidupan yang lebih baik dan kembali menyumbang kepada masyarakat. Inilah kitaran kebaikan yang ingin terus dipupuk oleh Zakat Selangor. Daripada menerima, membina, dan akhirnya memberi kembali.

Kerohanian

Program Kerohanian Bait Al-Mawaddah dilaksanakan bagi memperkukuh kesejahteraan rohani warga emas melalui penghayatan ibadah, tadabbur al-Quran, pengisian tazkirah serta aktiviti sosial yang berlandaskan nilai-nilai Islam. Program ini dirangka bagi membantu warga emas menjalani kehidupan yang lebih tenang, bermakna dan seimbang dari aspek rohani.

Pelaksanaan program ini merangkumi aktiviti seperti Fiqh Solat, Kursus Solat Sihat dan Kuliah Agama, yang disusun secara berperingkat bagi meningkatkan kefahaman, penghayatan serta amalan ibadah dalam kehidupan seharian.

Majoriti ahli Kelab Alumni FriendZS terdiri daripada bekas penerima dermasiswa Zakat Selangor yang kini telah membina kerjaya dan mencipta kejayaan dalam bidang masing-masing. Melalui sesi perkongsian, para alumni berkongsi perjalanan sebenar mereka berkenaan cabaran, usaha dan pilihan yang membentuk siapa mereka hari ini. Perkongsian ini memberi gambaran jelas kepada para pelajar bahawa kejayaan dibina melalui kesungguhan dan ketekunan.

Lebih daripada sebuah program, Roundstage Alumni membawa mesej harapan bahawa sokongan yang diterima hari ini hadir bersama tanggungjawab pada masa hadapan untuk membina kehidupan yang lebih baik dan kembali menyumbang kepada masyarakat. Inilah kitaran kebaikan yang ingin terus dipupuk oleh Zakat Selangor. Daripada menerima, membina, dan akhirnya memberi kembali.

Tenang Melangkah, Tinggi Cita-cita

Muhammad Nur Amin Norhisyam merupakan anak sulung daripada tujuh orang adik-beradik dan dibesarkan dalam sebuah keluarga sederhana di sekitar Damansara. Sebelum kelahiran adik bongsunya baru-baru ini, beliau merupakan satu-satunya anak lelaki dalam keluarga, sekali gus memikul tanggungjawab sebagai contoh dan harapan kepada adik-adiknya.

Sejak di peringkat sekolah rendah, Amin telah menunjukkan pencapaian akademik yang cemerlang. Beliau berjaya memperoleh 8A dalam Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) dan seterusnya memperoleh keputusan Mumtaz dalam Penilaian Sekolah Rendah Agama (PSRA). Kejayaan ini bukan sahaja mencerminkan kebolehan akademik, malah disiplin serta kesungguhan beliau dalam menuntut ilmu.

Amin mula menetap di Baitul Hasanah sejak Darjah 5, yang menjadi titik penting dalam pembentukan sahsiah dan perkembangan dirinya. Di institusi ini, Amin dikenali sebagai seorang pelajar yang pendiam dan tidak banyak bercakap. Namun begitu, sifatnya yang tenang dan merendah diri sering mengejutkan apabila beliau mampu memberikan jawapan yang tepat dan matang setiap kali diajukan soalan oleh guru, membuktikan bahawa “diam-diam ubi berisi”.

Rahsia kejayaan Amin terletak pada sikapnya yang sentiasa bersedia dan konsisten dalam pembelajaran. Beliau gemar mengisi masa lapang dengan membaca buku, khususnya bahan bacaan berkaitan sejarah. Amalan ini bukan sahaja menambah ilmu pengetahuan, malah melatihnya untuk berfikir secara tersusun dan berdisiplin. Sikap tidak mudah gelabah, termasuk ketika berdepan dengan peperiksaan saat akhir, menjadi antara kekuatan utama Amin dalam mengekalkan prestasi akademiknya.

Latar belakang keluarga tidak pernah menjadi penghalang kepada cita-citanya. Ayahnya bekerja sebagai buruh kasar manakala ibunya pula berkhidmat sebagai telemarketer di RHB. Pengorbanan dan usaha gigih kedua ibu bapa menjadi pendorong kepada Amin untuk terus berusaha mencapai kejayaan. Harapan ibunya agar Amin membesar sebagai seorang anak yang berjaya sentiasa menjadi pembakar semangat dalam setiap langkah yang diambil.

Hasil usaha yang berterusan serta sokongan persekitaran yang kondusif, Amin telah berjaya melanjutkan pelajaran ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Pengkalan Chepa, Kelantan. Kejayaan ini menjadi bukti potensi besar yang dimiliki oleh Amin.

Amin bercita-cita untuk menjadi seorang doktor perubatan, didorong oleh minat yang mendalam dalam bidang tersebut serta keinginan untuk berbakti kepada masyarakat. Dengan keperibadian yang tenang, berdisiplin dan berilmu, Amin dilihat mempunyai asas yang kukuh untuk merealisasikan impian tersebut pada masa hadapan.

Pendidikan Berterusan, Kehidupan Bermakna​

Arivisa berasal dari Selangor dan merupakan keturunan Orang Asli suku kaum Mah Meri serta anak kelima daripada enam beradik. Latar belakang keluarga yang mementingkan pendidikan menjadi asas kepada kejayaannya dalam akademik sejak awal persekolahan, termasuk pencapaian cemerlang dalam UPSR dan keputusan SPM yang melepasi sasaran peribadi.

Beliau seterusnya melanjutkan pelajaran ke Kolej Matrikulasi Pahang sebelum meneruskan pengajian Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Biologi Pemuliharaan di Universiti Malaysia Sabah dan seterusnya Ijazah Sarjana dalam bidang yang sama di Universiti Kebangsaan Malaysia. Selepas tamat pengajian, Arivisa berkhidmat sebagai guru tadika dan kemudiannya memeluk Islam sebelum menyambung pengajian agama di Baitus Salam.

Sepanjang berada di Baitus Salam, Arivisa bukan sahaja memperkukuh ilmu agama, malah membina keupayaan diri untuk berkhidmat kepada masyarakat. Beliau aktif berkongsi pengalaman dan memberi motivasi kepada anak-anak Orang Asli di Kampung Orang Asli Pertak melalui program pendidikan dan aktiviti berasaskan aplikasi ilmu dalam kehidupan seharian.

Kisah Arivisa membuktikan bahawa pendidikan berterusan dan kesungguhan menuntut ilmu mampu membuka peluang untuk membina kejayaan diri serta memberi manfaat kepada masyarakat.

Disiplin dan Ketabahan: Kunci Kejayaan Safwan

Safwan merupakan anak asnaf kelahiran Subang, Selangor dan anak kelima daripada lapan beradik. Beliau adalah satu-satunya ahli keluarga yang menetap di Bait Al-Hasanah sejak tahun 2010 ketika berusia 11 tahun, sebagai batch pertama asrama tersebut. Kehidupan keluarga yang serba kekurangan, dengan bonda sebagai pengasuh dan ayah bekerja sebagai pengawal keselamatan, menjadikan perjalanan hidup Safwan penuh cabaran. Namun, bantuan Zakat Selangor banyak meringankan beban keluarganya. Pada tahun 2026, Safwan diuji dengan pemergian bonda tercinta tetapi Safwan terus cekal untuk teruskan perjuangan hidup.    

Beliau sering menonjol dalam kepimpinan, pernah dilantik sebagai ketua pelajar asrama hampir tiga kali dan seterusnya menjadi ketua pelajar sekolah menengah pada usia 17 tahun   

Selepas tamat SPM, Safwan melanjutkan pelajaran ke Matrikulasi di Banting dan seterusnya menyambung pengajian Ijazah Sarjana Muda Kewangan Islam di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Terengganu. Beliau berjaya menamatkan pengajian dengan CGPA 3.33 dan membina kehidupan berdikari sejak usia remaja.   

Kerjaya Safwan bermula dengan mengambil upah dan menjual kuih sejuk beku sebelum diberi peluang menjadi Perunding Unit Amanah di Public Mutual Berhad. Walaupun berdepan cabaran besar pada peringkat awal tanpa gaji tetap, ketekunan dan konsistensi membuahkan hasil. Kini, selepas lima tahun dalam industri, Safwan menikmati pendapatan lima angka secara konsisten serta memiliki aset dan gaya hidup yang stabil.  

Kejayaan Safwan membuktikan bahawa latar belakang serba kekurangan bukan penghalang untuk berjaya. Dengan keazaman, disiplin dan tindakan yang konsisten, setiap kesusahan mampu menjadi batu loncatan ke arah kehidupan yang lebih baik.   

Melangkah Yakin Selepas Hijrah​

Perjalanan hidup dan pendidikan Soffiyah binti Muhammad bermula dengan pelbagai cabaran, khususnya selepas memeluk agama Islam. Pada ketika itu, beliau masih dalam proses menyesuaikan diri dengan cara hidup baharu sambil berdepan dengan pelbagai cabaran dari segi keluarga dan peribadi. Dalam usaha mencari persekitaran yang lebih positif dan menyokong, beliau telah menyertai Baitus Salam, yang kemudiannya menjadi titik perubahan penting dalam kehidupannya.

Sepanjang kira-kira satu tahun lapan bulan berada di Baitus Salam, beliau memperoleh pelbagai pengalaman berharga yang membentuk diri bukan sahaja dari sudut kefahaman agama, malah dari aspek pembentukan sahsiah, disiplin dan kemahiran insaniah. Beliau terlibat dalam pelbagai aktiviti seperti memanah, memasak dan pengurusan acara, serta diberi kepercayaan untuk berperanan sebagai pengacara majlis (MC) bagi beberapa program. Pengalaman tersebut telah meningkatkan keyakinan diri serta kemahiran komunikasi secara signifikan. Selain itu, beliau turut mewakili institusi dalam Pertandingan Amal Islami Kebangsaan (Maharajan) bagi kategori kuiz dan berjaya memperoleh tempat keempat, sekali gus mengukuhkan keyakinan serta motivasi diri.

Selepas melalui fasa pembentukan diri tersebut, beliau meneruskan perjalanan akademik dengan melanjutkan pengajian dalam Diploma Psikologi di Universiti Selangor, yang menjadi permulaan terbaik dalam pendidikan tinggi. Kini, beliau berada di Semester Empat dan Alhamdulillah, telah mencatatkan pencapaian akademik yang cemerlang secara konsisten serta menerima Anugerah Dekan pada setiap semester.

Beliau amat menghargai sokongan, peluang serta kepercayaan yang diberikan oleh Zakat Selangor, yang telah membolehkan beliau melangkah ke hadapan dengan yakin sebagai seorang pelajar dan bakal graduan. Diharapkan perjalanan serta pencapaian ini dapat menjadi inspirasi kepada masyarakat untuk terus cekal dan beriltizam dalam mencapai matlamat walaupun berdepan dengan pelbagai cabaran.

Program Alumni Zakat Selangor di Bait Al-Hasanah 2023 ​

Tanggal 30 September 2023, Bait Al-Hasanah menjadi tempat pertemuan semula sebuah perjalanan. Program Alumni Zakat Selangor menghimpunkan 30 orang alumni yang pernah menjadi penghuni Bait Al-Hasanah dan penerima Bantuan Dermasiswa Zakat Selangor, individu-individu yang kini telah melangkah jauh dan berjaya dalam bidang masing-masing.

Pertemuan ini bukan sekadar kunjungan, tetapi ruang untuk memberi kembali. Penubuhan Alumni Zakat Selangor membuka peluang kepada alumni untuk menyumbang pengalaman, masa dan tenaga, selain berperanan sebagai mentor serta sumber inspirasi kepada anak-anak asnaf yang sedang membina masa depan di Bait Al-Hasanah. Melalui aktiviti kebersamaan seperti menghias bilik asrama dan mengecat tangga, alumni bersama penghuni menceriakan persekitaran kediaman yang pernah menjadi sebahagian daripada kisah hidup mereka.

Program ini turut diserikan dengan aktiviti riadah serta usaha mencantikkan landskap melalui penanaman pokok bunga di sekitar asrama. Dalam suasana santai dan penuh makna, hubungan yang terjalin bukan sahaja mengeratkan silaturahim, malah mengimbau kenangan lama ketika alumni pernah melalui fasa kehidupan yang sama.

Sebagai simbol kesinambungan hubungan ini, Kelab Alumni LZS, FriendZS, turut diperkenalkan sebagai wadah rasmi untuk memperkukuh jaringan alumni dan menyokong usaha pembangunan asnaf secara berterusan. Lebih daripada sebuah kelab, FriendZS menjadi lambang perjalanan yang tidak terputus daripada menerima sokongan, membina kehidupan, dan kembali menyumbang kepada generasi seterusnya.

Roundstage Alumni 2024 ​

Kelab Alumni Lembaga Zakat Selangor (LZS), atau lebih dikenali sebagai FriendZS (Friends of Zakat Selangor), menjadi ruang pertemuan yang bermakna apabila menganjurkan program rasmi Roundstage Alumni. Program ini menghimpunkan 48 orang pelajar tahun akhir penerima dermasiswa IPT dan IPTS tajaan Zakat Selangor, yang sedang bersedia melangkah ke fasa baharu dalam kehidupan.

Majoriti ahli Kelab Alumni FriendZS terdiri daripada bekas penerima dermasiswa Zakat Selangor yang kini telah membina kerjaya dan mencipta kejayaan dalam bidang masing-masing. Melalui sesi perkongsian, para alumni berkongsi perjalanan sebenar mereka berkenaan cabaran, usaha dan pilihan yang membentuk siapa mereka hari ini. Perkongsian ini memberi gambaran jelas kepada para pelajar bahawa kejayaan dibina melalui kesungguhan dan ketekunan.

Lebih daripada sebuah program, Roundstage Alumni membawa mesej harapan bahawa sokongan yang diterima hari ini hadir bersama tanggungjawab pada masa hadapan untuk membina kehidupan yang lebih baik dan kembali menyumbang kepada masyarakat. Inilah kitaran kebaikan yang ingin terus dipupuk oleh Zakat Selangor. Daripada menerima, membina, dan akhirnya memberi kembali.